Sejak Rabu lepas, nama Allahyarham Zulfarhan sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, iaitu Datuk Azman Abdullah telah memerintah seramai 18 tertuduh yang juga merupakan pelajar UPNM untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie berkenaan insiden terbabit. Rentetan daripada itu jugalah, bermacam tanggapan atau spekulasi negatif telah dilemparkan oleh netizen terhadap institusi berkenaan.
BACA:Â “Berapa Gaji DJ Radio? Masyuk Semacam Je Dapat Bercuti Macam Datuk Datin”
Terpanggil untuk memperbetulkan semula persepsi masyarakat terhadap dunia ketenteraan, seorang lelaki bernama Raeiz Hamed baru-baru ini ada berkongsi pandangannnya yang tersendiri selaku bekas tentera. Ikuti video di bawah ini.
Pandangan sudut berbeza oleh bekas tentera
Insiden ini bukan ragging atau budaya askar (minit 1:05 – 3:25)
Menurut bekas anggota TUDM tersebut, dia tidak menafikan bahawa terdapat hukuman tertentu atau corrective punishment yang diamalkan oleh para pegawai serta jurulatih kepada pelatih kadet sebagai pengajaran apabila mereka melakukan kesalahan. Namun menerusi kronologi insiden ini ianya bukanlah disifatkan sebagai ragging, tetapi lebih kepada suatu bentuk pergaduhan antara beberapa orang pelajar yang sama ‘batch’Â dan Allahyarham tidak meIawan dalam kejadian tersebut.
Strength tak cukup…macam mana boleh lepas? (minit 3:26 – 6:15)
Namun begitu, Raeiz Hamed berasa musykil apabila para jurulatih yang bertugas tidak dapat mengesan ketiadaan Zulfarhan ketika itu. Ujarnya, taklimat ‘roll-call‘ adalah amalan yang dilakukan hampir setiap masa demi memastikan kehadiran atau strength para pelatih sentiasa sempurna. Dia mempersoalkan integriti pihak yang sepatutnya memeriksa kedatangan dengan teliti, selain mengambil tindakan susulan sekiranya mendapati bilangan mereka tidak cukup. Pun begitu, dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa para suspek telah berjaya mengaburi mata jurulatih sewaktu sesi tersebut.
Pihak Tertinggi kena buat sesuatu tentang pengurusan (minit 6:36 – 6:55)
Bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang lagi, Raeiz menyeru agar pihak tertinggi universiti berkenaan agar mengambil serius dalam memantapkan lagi sistem pengurusan. Dalam pada itu, dia turut mendoakan agar sesi perbicaraan insiden yang menimpa Allahyarham Zulfarhan terus berjalan lancar dan semoga pihak keluarga memperoleh pembelaan yang sewajarnya.
Sumber: YouTube Raeiz Hamed