Baru-baru ini, Janna Nick telah dijemput oleh pihak Cosmopolitan dalam program ‘Cosmo Fun Fearless Life 2019’ di EQ Hotel KL untuk memberi ceramah dan ucapan sebagai inspirasi kepada anak muda menerusi satu sesi khas bertajuk ‘Success At Young Age’. Beberapa video ucapan itu telah dikongsikan Janna Nick ke Instagram miliknya. Walau bagaimanapun, penampilan Janna Nick hari itu telah mendatangkan rasa kurang senang ramai netizen.
BACA: “Merendah Diri Jangan Sampai Kena Pijak..”- Sheila Rusly Sindir Siapa?
Seluar ketat, tak sesuai
Dengan berkemeja putih yang dipakai secara ‘tucked in’ dengan seluar jeans biru, ramai menyifatkan pemakaian Janna Nick ketika majlis itu agak kurang sopan dan tidak sesuai kerana kelihatan sangat sendat sedangkan ucapan yang diberikannya itu berupa inspirasi dan ilmu. Walaupun mereka memuji isi penyampaiannya, namun mereka juga menegur supaya Janna Nick perlu tampil dengan imej yang lebih profesional dan formal.
Kalau boleh pakailah penampilan yang lebih kemas
Saya mengaku silap.. akan perbaiki
Susulan itu, Janna Nick baru-baru ini ada memberikan penjelasannya. Dia telah mengaku silap dan meminta maaf serta menerima segala teguran yang diberikan netizen berhubung penampilannya itu.
Program tu bukan dilakukan di universiti
Jelasnya, itu adalah kali pertama dia dijemput memberi ucapan sedemikian, membuatkan dia agak kurang peka dalam pemilihan pakaian yang sesuai. Walau bagaimanapun, Janna Nick tidak menyalahkan netizen atas teguran itu dan akan cuba elakkan kesilapan yang sama selepas ini.
Sumber: IG jannanick, mStar Online