Melihat penyeksaan anak sendiri terpaksa menanggung masalah kesihatan pastinya meluluhkan hati setiap ibu bapa. Bahkan sekiranya boleh, mereka berdoa kepada Allah agar keperitan itu ‘bertukar bahu’ supaya anak-anak dapat hidup seperti biasa. Mungkin itulah yang dirasai oleh sepasang suami isteri ini apabila bayi kecil mereka bernama Nuruddin menghidap ‘Hirschsprung Disease’ iaitu masalah kesihatan berkaitan fungsi usus.
BACA :Â 10 Tahun Pemergian, Anak Bongsu Titip Ucapan Rindu Sebak Untuk Din Beramboi
Susut sampai tinggal tulang
Derita itu dikongsikan semula menerusi Twitter seorang lelaki, Zairul Eizam sehingga meruntun jiwa ramai orang. Jelas bapa kepada Baby Nuruddin sendiri, anaknya itu sudah menjalani banyak operation rentetan masalah kesihatan yang dihadapi. Meskipun dahulu anak ini lahir dengan berat sekitar 3.52kg, namun komplikasi yang ditanggung membuat tubuhnya semakin menyusut teruk saban hari.
Najis tak boleh lalu kat usus
Selain itu, masalah ini menghalang Baby Nuruddin untuk meminum sebarang susu. Bahkan lebih menyedihkan lagi, doktor mengesahkan hayat bayi ini akan bergantung kepada mesin bukan sahaja untuk masa sekarang malahan seumur hidup. Dedah lelaki ini lagi, si ayah seakan teruji lagi apabila anak keduanya juga didiagnosis dengan masalah kesihatan yang sama. Justeru dia sempat menyeru agar orang ramai mendoakan keluarga ini.
Sumber : Twitter Zairul Eizam