Artis Inspirasi Keibubapaan

10 Tahun Pemergian, Anak Bongsu Titip Ucapan Rindu & Sebak Untuk Din Beramboi

Sesungguhnya kewujudan kita hari ini merupakan nikmat dari Allah S.W.T. melalui dua insan mulia yang bergelar ibu dan bapa. Sejak lahir hinggalah ke saat ini, merekalah yang ikhlas menyayangi, menjaga dan membesarkan kita tanpa mengharapkan sebarang ganjaran pun. Oleh sebab itu juga, kehilangan mereka boleh mengakibatkan rindu yang tak berpenghujung terhadap anak-anak terutamanya.

BACA: Mahu 4 Anaknya Bergelar Doktor, Angkasawan Negara Dah Mula Ajarkan ‘Sesuatu’

Saya rindu dia sangat-sangat..

Sebut saja nama Din Beramboi, pasti ramai yang mengenali pelawak popular sekitar tahun 90-an dan 2000-an ini. Selain para peminat, pemergian Allahyarham Din Beramboi semestinya dirasai oleh seisi ahli keluarga termasuklah anak bongsunya, Nir Ain Syuhada. Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya baru-baru ini, gadis tersebut menitipkan rasa rindu terhadap bapa tercintanya.

Advertisement

Ayah saya adalah pelawak yang dikenali sebagai Din Beramboi, dan saya rindukan dia sangat-sangat.

10 tahun pemergian Din Beramboi..

Lawaknya bersahaja tetapi cukup mencuit hati, itulah kekuatan yang dimiliki oleh Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri ini. Pelawak dan bekas penyampai radio ERA FM itu telah menghembuskan nafas terakhir pada 22 April 2010 gara-gara menghidap sejenis demam denggi yang menyebabkan organ dalamannya berhenti. Sejak itu, Din Beramboi telah pergi bersama lawak jenaka yang menghiburkan serta seribu satu kenangan untuk kita semua.

Advertisement

Tiada pengganti legend selamanya…Al-fatihah untuk ayah

Status yang menyayat hati itu telah mendapat perhatian ramai dan meraih lebih 5 ribu retweets setakat ini. Selain menitipkan doa terhadap Allahyarham Din Beramboi, rata-rata netizen juga mengimbau kembali detik-detik kegemilangan pelawak tersebut sepanjang hayatnya dalam mewarnai industri hiburan Malaysia.

Advertisement

Sumber: Twitter ohsamala

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram