Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

31st March 2023
in Artis, Berita Semasa, Drama, Keluarga, Viral
“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak
715
SHARES
4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sebelum ini pelawak Ali Puteh telah dikaitkan dengan kontroversi berkaitan hutang saman yang tidak dibayar. Insiden ini bermula ketika balu Allahyarham abangnya meminta hak faraid. Ali dilihat keliru apabila mahkamah mengeluarkan perintah untuk menyita rumah pusaka Allahyarham ibunya. Sayang terhadap rumah pusaka tersebut, Ali Puteh berjanji untuk melangsaikan hutangnya sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Meskipun demikian, pelawak itu pernah memberitahu bahawa dia menawarkan untuk membayar saman yang berjumlah RM 60, 000 itu secara ansuran namun telah ditolak.

BACA: Hubungan Kakak Ipar Masih Keruh, Ali Puteh Stalk Anak Buah Bagi Lepas Rindu

Enam bulan menghilang… dah tak laku ke?

Memetik laporan Harian Metro, pelawak tersebut memberi penjelasan bahawa dia sudah enam bulan ketandusan dan tidak mendapat sebarang tawaran bekerja. Hal demikian mengikut penjelasan Ali, berpunca daripada kontroversi yang timbul antara dia dan balu Allahyarham Abam Bocey. Disebabkan kekangan kerja yang wujud, dia memilih untuk berniaga melalui media sosial iaitu di laman TikTok. Jelasnya lagi, ini semua adalah usaha yang mampu dilakukan bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarganya serta untuk melangsaikan hutang.

“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

Viral menjual baju kanak-kanak di Tiktok …

Rentetan insiden itu, Ali Puteh yang dilihat sedang berniaga pakaian kanak-kanak telah tular di TikTok kerana usahanya yang mencari rezeki halal untuk keluarga merupakan satu perkara yang perlu dipuji. Menerusi video tersebut, dia sempat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada netizen yang sanggup mengeluarkan duit membeli barangan yang dijual sebagai tanda sokongan mereka.

@ohbulanofficial

Pelawak Ali Puteh memilih untuk berniaga sebagai usaha menjana pendapatan 👍 #ohbulan #sembangentertainment #aliputeh #keniaga #baju #kanakkanak #jana #pendapatan

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Terus positif dan beri semangat untuk kuat

Dalam pada itu, netizen juga sempat memberi sokongan mereka di ruangan komen TikTok Ali ketika dia sedang menjual pakaian tersebut. Rata-rata daripada mereka hanya mampu meluahkan kata-kata semangat agar dia terus tabah dan kuat menghadapi dugaan yang menimpa. Mereka juga mendoakan pelawak itu dan keluarga agar terus dimurahkan rezeki selalu. Malah, mereka turut meminta Ali Puteh untuk mengendahkan sahaja individu yang cuba berniat buruk pada dirinya.

 

“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

KREDIT: TikTok & Harian Metro 

 

 

Tags: artisberita semasadramakeluargaviral
Next Post
“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

“Saya Siap Bayar Lebih, Dia Mintak RM1300 Untuk 2 Minggu”- Sam Bunkface

Knitwear Santai & Stylish untuk Travel
Pembersih Vakum Tanpa Wayar – Ringan & Berkuasa!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)