Sehingga ke hari ini, nampaknya kemelut rumah tangga antara NorSufia Johari atau Cik Pia bersama pasangannya masih tidak menunjukkan tanda-tanda pengakhiran. Tidak pernah bertindak untuk berbincang dengan baik, suaminya malah dilihat semakin kerap sindir menyindir ketika sedang live.
BACA:Â Sembang Bisnes Untung Berjuta, Cik Pia Dedah Kereta Tak Pernah Diservis Suami
Apa sahaja yang dimuat naik adalah marketing
Terdahulu, si suami dikatakan pernah memfitnah dirinya bahawa segala kisah yang dikongsi bersama pengikut di laman TikTok sebagai salah satu strategi pemasaran. Bukan itu sahaja, bahkan dia seolah-olah menyifatkan Cik Pia sebagai seorang yang tidak mengenang budi kerana tak hargai jasanya selama ini.
@norkamaliyajohari82 kepalahotak kau marketing!!! law marketing blik jmp ank lah aku cabar kau… wasup family ko block kami kol.. wasup ko diam.. bls lah jwb lah kami kol ko ape Hal!!!! bini 2 pun x kisah.. tp mne tggjwb ko kat ank2… apetah LG Ank yg bru lahir lnsg ko x jenguk… apetah LG Nk tnye kaba.. smpi bile ko Nk tipu semua org!!! lame2 org menyampah Tau ðŸ˜
♬ original sound – norkamaliyajohari82 – norkamaliyajohari82
@musanggkingggg
Selagi boleh sabar, saya akan bersabar…Awak memang dah tak ada hati dan perasaan kan?
Disebabkan pihak sana galak menyebarkan fitnah, akhirnya Cik Pia kembali memuat naik rakaman untuk mempertahankan diri. Wanita tersebut akui berasa terkilan dengan kenyataan berbaur tuduhan yang dilemparkan oleh pasangan terhadap dirinya. Sedangkan kini, dia terpaksa menanggung segala keperitan hidup bersama anak-anak tanpa kehadiran seorang suami di sisi.
@norsufiajohari selagi sye sabar,sye akn terus sabar…bgtau org benda yg org bolh fikir betul or tak..ape yg sye nk buat marketing isu ank2 sye.awk mng dh xde hati & perasaankan!!yg buat MARKETING tu awk..bukn sye.#trending #tiktokmalaysia #fyp #tiktok #viral #fypage #fypシ゚viral #fypã‚· #tiktokviral
Semoga Cik Pia terus kuat demi anak-anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa simpati terhadap nasib ibu kepada dua orang cahaya mata berkenaan. Dalam pada itu, mereka juga sempat mendoakan agar wanita tersebut tabah dengan segala ujian yang diberikan Tuhan buat dirinya.
Netizen menyarankan supaya TikTokers berkenaan abaikan sahaja fitnah yang dilemparkan oleh si suami. Pun begitu, ada juga yang menyifatkan lelaki berkenaan sebagai seorang tidak berhati perut.
Turut merasai kekecewaan dan kesedihan sepanjang Cik Pia diabaikan pasangan, rata-rata pengikut menasihati supaya terus bangkit dan kuat demi anak-anak tersayang.
Kredit: TikTok norkamaliyajohari82, musanggkingggg & norsufiajohari