Tidak ada individu yang mengimpikan kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata tanpa kerelaan. Tapi siapalah kita untuk menidakkan takdir yang sudah ditentukan oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya. Seperti perkongsian kisah di page Mr Wan Cai Official mengenai nasib seorang suami yang kehilangan anak dan isterinya sekali gus dalam tempoh masa 24 jam.
BACA : “Macam Tak Percaya..” – Lepas Sehari Dilahirkan, Elfira Loy Tayang Wajah Baby!
Isteri baru berusia 23 tahun..
Menurut kapsyen yang ditulis, wanita tersebut bernama Norsyafiqah Syazwani baru berusia 23 tahun. Terdahulu, suaminya pernah menghantar mesej kepada admin page terbabit menyatakan bahawa isterinya suka mengikuti segala aktiviti kemasyarakatan yang dikongsikan di halaman berkenaan.
Isteri pernah berseloroh minta UKVJ uruskan..
Apa yang lebih memeranjatkan, isterinya pernah bergurau meminta perkhidmatan van UKVJ untuk menguruskan jasadnya jika dia sudah tiada nanti. Disebabkan itu, admin tersebut menganggapnya sebagai salah satu wasiat yang perlu ditunaikan daripada pihak mereka.
Bayi ‘pergi’ lepas 10 minit dilahirkan..
Difahamkan selepas tempoh bersalin, anak mereka telah hanya mampu hidup selepas 10 minit sahaja manakala si ibu mengalami sesak nafas ketika proses melahirkan. Bayi itu dipercayai Iemas gara-gara tidak cukup oksigen di dalam bahagian tubuhnya.
Lepas bertarung nyawa & koma, akhirnya isteri pergi jua..
Malah ketika menguruskan jasad anaknya di kampung, si isteri pula sedang bertarung nyawa dan koma di pusat perubatan. Namun sebelum Subuh pada tarikh 1 Oktober 2019 (semalam), akhirnya dia disahkan mengikuti pemergian anak mereka.
Syahidnya seorang isteri dan ibu..
Isteri dan anaknya disemadikan di Tanah Perkuburan Jengka 2, Pahang. Difahamkan, suami isteri ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 2 November tahun lalu. Namun jodoh mereka nampaknya tak dapat bertahan lama. Dia turut bersimpati dengan takdir yang menimpa ketua keluarga itu.
Urusan mandi & kafan disempurnakan, tiada kos
Urusan pengebumian juga sudah disempurnakan oleh UKVJ seperti yang diwasiatkan oleh wanita itu. Malahan peralatan dan pakaian terakhirnya juga digunakan secara percuma hasil pemberian orang ramai sebelum ini.
Sumber : FB Mr Wan Cai Official