Viral

Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway

Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway
Rasaflix

Sharing is caring!

Bulan lepas, tragedi sebuah helikopter terhempas selepas bertembung di udara yang menyebabkan 2 kehilangan nyawa nyata bukanlah sesuatu yang mudah dilupakan oleh masyarakat. Hari ini pula, berlaku sebuah lagi kejadian melibatkan kenderaan udara yang tiba-tiba muncul di tepi highway.

BACA: Pilot Ini Diharamkan Bawa Pesawat Seumur Hidup Biar Girlfriend Posing Di Kokpit


Pesawat ringan buat pendaratan cemas tepi highway, 2 pilot berada dalam keadaan selamat

Memetik laporan Harian Metro, sebuah pesawat ringan dikatakan telah melakukan satu pendaratan cemas di  Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan jam 10.13 pagi tadi. Walau bagaimanapun, 2 juruterbang yang mengemudi pesawat jenis Beechcraft Bonanza N5045B terbabit dikatakan dalam keadaan selamat.

Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway

Pilot warganegara Singapura, terpaksa mendarat kerana kerosakan bahagian enjin

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, kedua-dua pilot yang terlibat iaitu Dr Yang Kuang Ying (52) dan Saleehullah Abdul Majid (42) merupakan warganegara Singapura dan dalam perjalanan menuju Melaka dari Senai. Pihaknya turut mendapat maklumat bahawa kenderaan berkenaan disahkan mendarat cemas akibat mengalami kerosakan enjin.


Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway

Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway

Sudah alih ke kawasan berumput lapang, ambil masa 30 minit hasil bantuan bomba, polis & PLUS

Kini, kenderaan berkenaan telah pun dialihkan ke bahagian berumput yang lapang kira-kira 100 meter dari lokasi bagi memastikan trafik di lebuh raya terbabit boleh berjalan dengan lancar. Di samping itu, pesawat berkenaan mengambil masa 30 minit untuk dialihkan hasil bantuan bukan sahaja daripada bomba malah pasukan polis dan PLUS juga.

Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway

Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway
Kredit Foto : Harian Metro

 

Sumber: FB Harian Metro, Utusan Online,  Info Roadblock JPJ/POLIS


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Alami Masalah Pada Enjin, Pesawat Ringan Selamat Mendarat Cemas Tepi Highway

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram