Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”

4th January 2020
in Viral
“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Penat membawa perut boyot selama 9 bulan lamanya, maka tidak hairanlah anak-anak mempunyai hubungan yang luar biasa bersama ibu mereka. Bahkan dalam agama sekalipun, anak-anak dituntut patuh dan mengutamakan ibu mereka selagi tidak melebihi batas syarak. Apabila si ibu ditimpa kesusahan pula, pastinya kita turut terkesan sama dan sedaya upaya mahu mengesat air mata kesedihan. Itulah yang dapat digambarkan selepas membaca perkongsian daripada seorang individu ini.

BACA : Budak Order Corn Dog 2 Bungkus, Bila Nak Bayar Terus Rasa Sebak Dengan Duitnya

Tak boleh bayang macam mana penat dia

Dia terpanggil hendak menceritakan sedikit sebanyak tentang kehidupan penuh onak yang terpaksa dilalui oleh ibunya dan tanpa disangka, perkongsian itu telah meruntun jiwa para netizen. Menurut wanita berkenaan, ibunya yang berhadapan dengan keruntuhan rumah tangga memilih bekerja sebagai tukang masak di kedai makan milik sendiri. Sebagai anak yang menyaksikan kepenatan ibunya menguruskan kedai makan tersebut depan matanya, dia sendiri merasa luluh hati dengan nasib berkenaan.

“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”

“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”
Gambar sekadar hiasan

Bila terbayang keluar air mata

Tidak cukup dengan keperitan meneruskan hidup, ibunya juga banyak kali teruji apabila begitu ramai yang dengki sehingga tergamak melakukan perkara terkutuk. Jelas wanita ini, kedai makan yang diusahakan itu pernah terkena buatan orang sehingga menjejaskan kesihatan ibunya. Walaupun berat bahu menggalas semua ujian tersebut, si ibu masih menguatkan semangat di samping menyerahkan kesusahan hidupnya kepada Allah.

“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”

“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”
Gambar sekadar hiasan

Kuali senduk tu semua berat

Walaupun ada mulut-mulut lancang yang mempertikaikan mengapa wanita ini tidak membantu ibunya, namun keadaan hamil membataskan niat baik berkenaan. Namun kata ibu mengandung ini lagi, dia masih cuba menghulurkan bantuan selagi masih mampu.

“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”

“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter 

Tags: anakkedai makankerjakualimakpenatwanita
Next Post
“Aku Tak Boleh Bayang Macam Mana Penatnya, Tak Terbanding Ujian Aku Dengan Mak”

Idea Baru Untuk Tampil Langsing, Hisap Ketulan Ais Bantu Turunkan Berat Badan

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)