Utama Gaya Hidup "Adik Minta Ampun" - Budak Kejutkan WhatsApp Keluarga Gara2 Tersilap Eja 'Baby'

“Adik Minta Ampun” – Budak Kejutkan WhatsApp Keluarga Gara2 Tersilap Eja ‘Baby’

Bila berbicara tentang tersilap ejaan, tentu semua orang pernah melalui perkara tersebut. Jangankan budak-budak, malah orang dewasa pun sering melakukan kesilapan sedemikian. Typo itu mungkin perkara yang biasa namun bila dah sampai menukar makna atau salah tafsiran, itu bukan biasa-biasa. Samalah seperti kisah melucukan daripada seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @alam_taro ini apabila dia berkongsi moment adiknya yang typo dalam WhatsApp Group.

BACA: Hidap Masalah Speech Delay, Wawa Zainal Luah Syukur Anak Lulus Masuk Sekolah

Lelaki ini yang bernama Sufian telah memuat naik dua screenshot yang diambil daripada WhatsApp Group keluarganya. Dalam paparan tersebut, adiknya telah tersilap mengeja perkataan ‘baby‘ kepada perkataan lain yang jauh menyimpang daripada segi maksud.




“Comelnya bab* kakak”

Berdasarkan mesej tersebut, perkataan terbabit sebenarnya merujuk kepada bayi milik salah seorang ahli keluarga mereka. Menyedari perkara tersebut, adik kepada Sufian ini segera meminta maaf kepada seluruh ahli keluarga. Ternyata, kanak-kanak itu rupanya senyap-senyap menggunakan telefon milik ibunya. 

Adik minta ampun, tak tahu eja baby

Sejak pegang telefon ibu, lancar mengeja

Dalam tweets seterusnya, Sufian juga telah mendedahkan bahawa adik perempuannya itu sememangnya mempunyai kelemahan dalam ejaan. Namun, semenjak kanak-kanak itu bermain telefon bimbit milik ibu, Sufian menyedari terdapat perubahan pada adiknya. 




Netizen yang turut terhibur dengan budak perempuan ini telah memberikan pelbagai reaksi di bahagian komen. Keseluruhannya, perkongsian ini telah mendapat lebih 700 retweets dan 600 likes setakat ini. 

Sumber: Twitter ian

Artikel Popular