Utama Cinta & Perhubungan "Dulu Kakak Aku Kerja, Dia Tanggung Duit Poket Aku. Ingat Lagi Masa...

“Dulu Kakak Aku Kerja, Dia Tanggung Duit Poket Aku. Ingat Lagi Masa Konvo..”

Zaman belajar boleh menjadi detik yang paling struggle dalam hidup seseorang. Selain bebanan tugasan yang bertimbun, ketidakcukupan wang juga merupakan masalah yang selalu dihadapi oleh pelajar. Dalam hal ini, mereka perlu sokongan yang kuat daripada ahli keluarga. Begitulah yang ditunjukkan oleh seorang kakak kepada lelaki di Twitter yang menggunakan nama akaun @Amrlamnnn. Katanya, kakaknya itu banyak berjasa kepadanya pada zaman belajar dulu.

BACA: Dedah Sisi Lucu Selepas Study, Foto Kantoi Pelajar Architecture Jadi Tumpuan

Seorang pelajar bernama Amirul Amin Bin Abdul Rahim, 23 tahun, telah berkongsi cerita mengenai pengorbanan kakaknya sepanjang pengajiannya di universiti. Menurutnya di Twitter, kakaknya itu sanggup bekerja pada setiap cuti semester semata-mata untuk memberinya duit poket. 

Banyak kerja yang kakak aku buat. Aku tak mampu nak senaraikan semua. Salah satunya, ambil gambar kahwin, photobooth, jual bertih jagung dan kadang-kadang kalau nak duit lebih, kami buat grab.




Menerusi temu bual bersama penuntut UiTM Puncak Alam ini, kakaknya yang mesra dipanggil Lin itu telah melakukan pelbagai jenis pekerjaan sejak dulu lagi. Sebelum Lin berjaya mendapat pekerjaan yang kukuh, mereka juga pernah bekerja sambilan menjadi pemandu e-hailing untuk menampung perbelanjaan masing-masing.

Memori paling aku ingat adalah masa nak konvokesyen dulu. Aku tak ada hati nak pergi sebab banyak pakai duit tapi kakak paksa jugak. Dia sanggup bekerja keras supaya aku dapat konvo dengan kawan-kawan.

Dalam pada itu, dia juga sempat mengimbas kembali memori yang tidak dapat dilupakan bersama kakak. Katanya, wanita itu sanggup bekerja keras supaya dia dapat menghadirkan diri ke majlis konvokesyen sewaktu diploma dahulu.




Parents masih ada tapi kami dah biasa berdikari. Segan nak minta mak ayah duit, tak tahulah kenapa. 

Mengakhiri perbualan, dia juga menegaskan bahawa mereka buat sedemikian kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa. Malah, mereka juga sudah biasa berdikari dan melalui susah senang bersama. Oleh itu, dia berpesan agar semua orang di luar sana supaya saling menghargai antara satu sama lain. 

Sumber: Twitter Amirul Amin




Artikel Popular