Sejak kebelakangan ini, konflik melibatkan kerjaya doktor dilihat menjadi perdebatan hangat di media sosial. Meskipun pekerjaan berkenaan dipandang tinggi dalam masyarakat, namun realiti pahit yang terpaksa dihadapi ketika mereka bertugas dalam bidang perubatan itu tidak banyak diketahui netizen. Antara isu hangatnya adalah tentang waktu bekerja yang terlalu panjang sehingga mereka sendiri tidak mempunyai work-life balance. Bahkan ada yang perlu mengorbankan cuti sendiri atau ‘melupakan’ waktu makan demi memberikan khidmat.
BACA : Ramai Dah Tawar Hati-Bekas Doktor Ini Dedah Realiti Gelap Dunia Perubatan
Mereka pandang wanita terbaring tadi sebelum berlalu pergi
Bagai tidak percaya, namun itulah konflik yang memberi tekanan kepada golongan profesional tersebut. Dalam masa sama di Twitter pula, seorang pegawai perubatan mula berkongsikan sebuah kisah yang agak mengejutkan. Ketika itu, beliau baru sahaja kembali bertugas pada shift malam dan secara tiba-tiba melihat wanita terlantar di atas lantai. Meskipun terdapat doktor pakar (MO) yang sudah melihat situasi itu, namun mereka tidak memberikan bantuan kerana waktu bekerja sudah tamat.
Orang ramai mula berkerumun. Dia menyahut panggilan aku. Matanya terbuka tapi jelas dia nampak lemah. Atas lantai ada air kencing. Air liur dia meleleh. Sawan? Aku periksa nadi dia, kuat. Dia bernafas. Jadi tak perlu beri CPR. Masa itulah ada doktor pakar lalu. Aku minta bantuan. Mereka berhenti.
Aku kembali bertugas namun masih menggigil dan keliru
Dek kerana doktor pakar tersebut tidak memberikan sebarang bantuan, Bukhari mengakui agak keliru dan marah. Apabila pasukan blue code (menguruskan masalah kecemasan) sudah tiba, beliau menyerahkan wanita itu untuk menerima rawatan lanjut. Kemudian, doktor ini terus menuju ke tandas sebelum menangis gara-gara terlalu panik. Apa yang terjadi di hadapan matanya tadi membuatkan beliau mempersoalkan semula tentang masa depannya dalam bidang perubatan itu.
Adakah satu masa nanti aku akan jadi macam doktor pakar tadi? Adakah aku pun akan berhenti fikir pasal patient aku? Boleh ke nak salahkan mereka? Kami semua pun terlalu penat dan muak dengan sistem yang mewujudkan persekitaran begini.
Sumber : Twitter Bukhariawesome