Mula dibangunkan sekitar tahun 1992, mercu tanda Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) terus utuh berdiri sebagai bangunan pencakar langit yang cukup gah. Bukan sahaja reka bentuknya yang cukup menarik, malahan kisah cabaran serta kesukaran sepanjang proses pembangunannya sudah banyak kali didedahkan menerusi laman sosial. Namun di sebalik kemegahannya, masih ada lagi kisah-kisah mistik yang berlegar dan ia turut dikongsikan semula oleh seorang gadis ini.Â
BACA :Â Diganggu Bau Busuk, Ingatkan Bau Kawan Rupanya Sah Ada Benda Tumpang Katil
Terpaksa dikosongkan sebab ada gangguan
Mula dimuat naik sejak beberapa hari lalu, kisah yang didedahkan oleh Miemie menarik perhatian ramai sekali gus membuktikan masyarakat kita memang dekat dengan kisah mistikal. Namun dalam pendedahan berkenaan, gadis ini menceritakan misteri yang tersimpan di sebalik sebuah tingkat dalam KLCC yang seolah-olah sengaja dikosongkan sejak dahulu lagi. Bahkan tatkala menaiki lif untuk menuju ke bahagian atas, tiada butang nombor yang boleh ditekan sekiranya anda ingin berhenti di tingkat misteri berkenaan.
Bila pandang bawah, confirm bukan manusia
Selain itu juga, seorang pekerja yang pernah berkhidmat dalam bangunan ini pernah juga berkongsikan pengalaman misteri dihadapinya. Sewaktu menuju ke tingkat atas bersama majikannya, mereka berdua bertembung dengan seorang lelaki yang tidak diketahui statusnya. Bahkan senyuman menyeramkan beserta dengan kehadiran bau wangi membuatkan mereka terus nekad kembali masuk ke dalam lif sebelum bergegas pergi dari kawasan tersebut.
Ada kaitan dengan perjanjian sebelum projek mula
Walaupun bangunan megah itu sudah menjadi pusat pelancongan terkenal dalam Malaysia, siapa menduga rupanya terselit 1001 misteri di sebaliknya kan? Jelas gadis ini di penghujung tweet berkenaan, segala kejadian anah itu dipercayai mungkin berkait dengan perjanjian yang pernah dibuat pada awal proses pembinaan KLCC puluhan tahun lalu.
Sumber : Twitter Miemie