Utama Berita Semasa Bongkar Tragedi Di Pusat Memandu, GF Lelaki Ini Diganggu Cikgu Tua 'Merenyam'

Bongkar Tragedi Di Pusat Memandu, GF Lelaki Ini Diganggu Cikgu Tua ‘Merenyam’

Ancaman boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Meskipun kita sudah menjaga diri dengan baik, namun ini bukan jaminan untuk selamat daripada sebarang niat buruk. Paling membimbangkan, golongan wanita sering dijadikan sasaran dalam hal ini. Contohnya, kisah seorang gadis di pusat memandu ini. Niat yang mulanya ingin belajar memandu bagi mendapatkan lesen, bertukar menjadi mimpi ngeri bagi setiap golongan wanita. 

BACA: Berhenti Tepi Jalan Gara2 Tayar Pecah, Tak Sangka Tragedi Menimpa Couple Ini

Kisah ini dikongsikan oleh seorang lelaki di Twitter yang menggunakan nama akaun @ahmdbukh. Dia mendedahkan bahawa teman wanitanya telah diganggu secara fizikal oleh seorang pelatih dari sebuah pusat latihan memandu. Perkara itu membuatkan dia risau dan menasihatkan wanita di luar sana agar lebih berhati-hati.

Hari ini hari paling ‘jijik’ bagi aku

Menerusi paparan WhatsApp yang dikongsikan oleh gadis bernama Mel ini lagi, ketika itu dia telah pergi ke pusat memandu berkenaan untuk menjalankan latihan seperti biasa. Namun tiba-tiba dia seperti boleh merasakan bahawa terdapat ‘sesuatu’ yang mencurigakan di bawah tempat duduk pemandu.




“Cepatnya awak bawa. 30 minit je”

Lebih mencurigakan kerana cikgu tersebut telah mengucapkan sesuatu yang ‘meloyakan’. Di litar seterusnya, wanita ini baru menyedari bahawa cikgu itu sengaja mengambil kesempatan memegang dia dari bawah tempat duduk tersebut. 

Kurang ajar punya orang tua!Bukan kejadian pertama

Selepas kejadian tersebut, gadis ini terus membuat Iaporan kepada pihak berkuasa. Malahan dia juga diberitahu oleh staf dan beberapa orang di pusat memandu berkenaan bahawa pelatih yang sudah di pertengahan usia itu pernah melakukan perkara sama terhadap beberapa pelajar lain sebelum ini.

Mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku, dia menasihatkan agar semua wanita di luar sana untuk segera melakukan tindakan jika berlaku perkara sebegini di pusat memandu masing-masing. 




Sumber: Twitter ahmdbukh

Artikel Popular