Semua orang pasti melalui detik perpisahan. Itulah realiti yang terpaksa ditelan apalagi jika melihat orang yang paling kita sayang ‘pergi’ sebelum kita. Namun, setiap janji dan memori bersama mereka pasti terpahat dalam ingatan sepanjang masa. Buktinya, seorang kanak-kanak lelaki dari Taiwan ini tetap menunaikan janji yang pernah dibuat kepada ibunya biarpun ibunya sudah tiada lagi di dunia ini.Â
BACA:Â Trending Gara2 Video Baca Hadis, Ibu Buka Mulut Dedah Minat Anak Hafaz Surah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook milik ayahnya, seorang kanak-kanak bernama Tzuo Ze Gang yang baru berusia lapan tahun itu telah berjaya mendaki gunung tertinggi di Taiwan sekali gus mengotakan janji yang pernah dibuat kepada mendiang ibunya.Â
Ibu.. Saya berjaya sampai ke puncak gunung.. Saya membawa ibu sehingga ke puncak Gunung Jed.
Paling menyentuh perasaan kerana kanak-kanak itu turut membawa potret mendiang ibunya apabila sampai ke puncak gunung. Kanak-kanak itu kelihatan sangat puas dan menjerit sekuat hati kerana berjaya menunaikan permintaan mendiang ibu.Â
Mendiang pernah hasrat daki Gunung Jed
Menurut sumber, mendiang ibu kanak-kanak ini pernah berhasrat untuk mendaki Gunung Jed sekeluarga. Namun, perkara itu tidak kesampaian kerana kaki isterinya terpaksa dipotong sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Bukan itu sahaja, wanita juga pernah meminta suami dan anaknya membawa barang peribadinya ke mana sahaja.
Sejak detik itu, anaknya yang masih bersedih telah bernekad untuk mendaki gunung tersebut sebagai menebus kembali janji yang pernah dibuat dahulu. Biarpun sudah 591 ibunya pergi tetapi ternyata semangatnya telah membuahkan hasil.Â
Sumber: Ohmymedia