Inspirasi Keibubapaan

Trending Gara2 Video Baca Hadis, Ibu Buka Mulut Dedah Minat Anak Hafaz Surah

Trending Gara2 Video Baca Hadis, Ibu Buka Mulut Dedah Minat Anak Hafaz Surah

Sharing is caring!

Sebelum ini, satu video telah tular di Twitter menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan membaca beberapa potongan hadis beserta terjemahannya. Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @nissssss_. Menariknya, kanak-kanak itu bukan sahaja membaca tetapi menghafal setiap bait jawi dan rumi daripada hadis tersebut. Perkara itu sekaligus mencuri tumpuan warganet khususnya di ruangan Twitter. 

BACA: Nama Trending Di Twitter, Netizen Puji Cara Alif Satar Cover Sindiran Mark Adam

Sembilan Hadis & Surah Lazim

Disebabkan itu, ibu kepada si cilik ini telah tampil memberi ulasan mengenai anaknya yang bernama Wan Adriana Arissa. Dia memberitahu yang Nana baru berusia empat tahun tetapi begitu minat dengan Al-Quran, malah dia juga sudah menghafal sebanyak  sembilan potongan hadis dan surah-surah lazim. 


Trending Gara2 Video Baca Hadis, Ibu Buka Mulut Dedah Minat Anak Hafaz Surah

Mulanya suka menyanyi

Dalam pada itu, ibunya juga mendedahkan Nana memang seorang kanak-kanak yang cepat mengingat dan menghafal. Contohnya, dia selalu menyanyi dan menghafal lagu berkenaan dalam masa yang sama. Perkara itu disedarinya sejak anaknya itu dihantar bersekolah di sebuah Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak. 

Trending Gara2 Video Baca Hadis, Ibu Buka Mulut Dedah Minat Anak Hafaz Surah

Cepat belajar

Selain itu, ibunya juga mendapati perubahan Nana secara berperingkat. Daripada suka menyanyi, anaknya itu kini gemar membaca dan menghafal hadis. Menurut gurunya di sekolah, Nana antara murid yang cepat belajar. Buktinya, dia berjaya menghabiskan sembilan buah hadis daripada 20 hadis yang terdapat dalam silibus pembelajaran.

Mengulas lanjut mengenai video tersebut, ibunya tidak menyangka yang video berkenaan akan menjadi viral sama sekali. Namun, bersyukur kerana rata-rata netizen memberikan komen yang positif. Video tersebut telah mendapat lebih 30 ribu retweets dan lebih 31 ribu likes setakat ini. 


Trending Gara2 Video Baca Hadis, Ibu Buka Mulut Dedah Minat Anak Hafaz Surah
Kredit foto Harian Metro

Sumber: Twitter Hanisah & Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Trending Gara2 Video Baca Hadis, Ibu Buka Mulut Dedah Minat Anak Hafaz Surah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram