Artis

[VIDEO] Abam Bocey Kembali Ke Rahmatullah, Fad & Achey Menangis Teresak-Esak

[VIDEO] Abam Bocey Kembali Ke Rahmatullah, Fad & Achey Menangis Teresak-Esak

Sharing is caring!

Bagaikan hilang sebelah sayap, demikianlah kata-kata paling tepat untuk menggambarkan keadaan kumpulan pelawak terkenal Bocey ketika ini. Salah seorang terajunya iaitu Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan diberitahu sudah kembali bertemu Ilahi pada semalam. Pastinya berita sedih itu bukan sahaja sangat memberikan kesan mendalam pada seisi keluarga malahan buat peminat setia yang menyokong Allahyarham selama bergelar pelawak.

BACA : Abam Nekad Jadikan Isteri Suri Rumah Sepenuh Masa, Siap Beri Gaji Tiap Bulan

Tak sedarkan diri masa dikejut solat Subuh

Menurut laporan yang didedahkan oleh Astro Awani, Abam dikatakan tidak sedarkan diri selepas dikejut oleh isterinya saat hendak menunaikan solat Subuh. Panik dengan keadaan tersebut, Nor Hidayah segera menelefon Ali Puteh sebelum adik pelawak itu bergegas ke rumah mereka. Namun Allah lebih menyayanginya, Abam ketika itu didapati sudah tidak lagi bernafas.


[VIDEO] Abam Bocey Kembali Ke Rahmatullah, Fad & Achey Menangis Teresak-Esak

Alami demam tapi tidak mendapatkan rawatan

Selain itu, wanita ini turut memberitahu mengenai kesihatan Abam beberapa hari lalu bahawa dia mengalami demam sehingga pening kepala. Namun apabila diajak mendapatkan rawatan di pusat kesihatan, Abam tidak pergi kerana menganggap ia sebagai demam biasa.

[VIDEO] Abam Bocey Kembali Ke Rahmatullah, Fad & Achey Menangis Teresak-Esak

Kenapa kau pergi dulu Abam? Kenapa tak tunggu?

Hakikat itu terpaksa ditelannya bersama anak mereka yang kini masih lagi berusia 8 bulan. Dalam pada itu, Fad Bocey serta Achey juga kelihatan sangat berduka dengan pemergian sahabat baik mereka. Menjengah ke ruangan Instagram kedua-dua pelawak ini, mereka benar-benar gagal menahan sebak dan merasakan pemergian Abam adalah terlalu awal.


Sumber : Instagram Fad Bocey, Achey, Astro Awani


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Abam Bocey Kembali Ke Rahmatullah, Fad & Achey Menangis Teresak-Esak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram