Bagi suami isteri yang sudah berkahwin selama beberapa tahun, pasti tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Walau bagaimanapun, rezeki anak itu kadangkala akan tiba sedikit lambat berbanding orang lain. Meskipun begitu, perasaan gembira apabila diumumkan hamil nanti pastinya dipenuhi dengan emosi seperti yang dirasakan oleh seorang wanita di TikTok baru-baru ini.
BACA: Ambil Hadiah Suami Naik Motor Je, Tapi Netizen Perasan Sesuatu Pada Wanita Ni
Terus teriak di sebalik pintu tandas, rupanya dapat result double line pada pregnancy test
Pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shiqah telah berkongsi moment menemani adiknya menjalani ujian kehamilan di sebuah tandas awam. Ketika adiknya sedang berteriak, Shiqah sedang menanti di luar sambil memegang alat pregnancy test tersebut. Rupa-rupanya, si adik telah disahkan hamil dan sedang menangis dengan perasaan gembira apabila mengetahui berita tersebut. Mana tidaknya, wanita berkenaan sudah menantikan saat ini setelah 3 tahun selepas mendirikan rumah tangga.
@shiqah123 orang tertentu saja akan rasa😍..
Tahniah & take care ya… mohon doakan sekali sebab yang 5 tahun kahwin pun masih menunggu zuriat
Setakat ini, video berdurasi 34 saat berkenaan meraih lebih 50 ribu tontonan. Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah. Selain itu, mereka juga ada yang memohon doa orang ramai kerana masih menantikan kehadiran zuriat setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga.
Sumber: TikTok shiqah123