Viral Keluarga

[VIDEO] Nenek Terhibur Habis Dengan Patung Itik, Netizen Pun ‘Berjangkit’ Gelak

[VIDEO] Nenek Terhibur Habis Dengan Patung Itik, Netizen Pun ‘Berjangkit’ Gelak
Rasaflix

Sharing is caring!

Kadangkala anak-anak tak dapat nak beri perhatian lebih untuk ibu bapa yang semakin uzur kerana tuntutan kerja atau komitmen lain. Akan tetapi, mereka pasti akan mengukirkan senyuman atau berasa terhibur jika anak cucu datang meluangkan masa. Perkara kecil seperti memberikan mainan pun pasti akan dihargai seperti seorang warga emas dalam video TikTok ini.

BACA: Nenek ‘Korek’ Simpanan, Beli Telefon Pintar Agar Cucu Dapat Ikuti Kelas Online

Nenek tak dapat tahan rasa geli hati bila patung itik ikut gelak sekali

Pengguna TikTok @5scuoi berkongsi sebuah video memaparkan seorang nenek tua sedang terbaring di atas katil sambil memegang sebuah patung mainan itik. Pada mulanya, dia hanya ketawa mungkin kerana melihat sesuatu yang lucu. Walau bagaimanapun, patung itik berkenaan meniru gaya gelaknya menyebabkan warga emas terbabit terkejut sebelum turut sama meletus ketawa. Situasi lucu itu berlarutan apabila wanita berkenaan terus terhibur sehinggalah akhirnya patung tersebut diletakkan di sebelah.


@5scuoi

thấy bà cười mà cũng cười theo #haihuoc #cliphai

♬ nhạc nền – Cười 5 S – Cười 5 S

Cute sangat video ni… gelak tawa macam ni lah yang patut kita hargai

Video berdurasi 14 saat itu meraih lebih 2.3 juta tontonan setakat ini di TikTok. Rata-rata netizen akui sangat terhibur dan beranggapan ketawa warga emas berkenaan bagaikan berjangkit kepada para penonton. Tidak cukup dengan itu, mereka juga berhasrat untuk mendapatkan patung yang sama buat nenek masing-masing.

[VIDEO] Nenek Terhibur Habis Dengan Patung Itik, Netizen Pun ‘Berjangkit’ Gelak

[VIDEO] Nenek Terhibur Habis Dengan Patung Itik, Netizen Pun ‘Berjangkit’ Gelak


[VIDEO] Nenek Terhibur Habis Dengan Patung Itik, Netizen Pun ‘Berjangkit’ Gelak

[VIDEO] Nenek Terhibur Habis Dengan Patung Itik, Netizen Pun ‘Berjangkit’ Gelak

Sumber: TikTok @5scuoi


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Nenek Terhibur Habis Dengan Patung Itik, Netizen Pun ‘Berjangkit’ Gelak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram