Seringkali tular pelbagai kisah yang melibatkan rumah tangga suami isteri di laman media sosial. Paling teruk sekali apabila isteri banyak ‘makan hati’ dengan sikap suami yang selalu memandang rendah terhadap dirinya. Terkesan dengan keadaan sedemikian, seorang pemilik akaun Facebook bernama Akhtar Syamir menyatakan 20 ciri suami yang tidak hormat isteri untuk dijadikan sempadan supaya perkara itu tidak terus berlaku.
BACA : Tiap Hari Macam Malam Jumaat, Peguam Syarie Dedah Realiti Keluhan Para Isteri
Tak beri kuasa, tak jujur & tak dengar pendapat
Antara cirinya adalah suami tidak memberi kuasa kepada isteri di depan anak dalam membuat keputusan. Malah mereka juga tidak berlaku jujur dan enggan mempedulikan pendapat wanita yang sudah dinikahi itu.
Sentiasa bandingkan isteri dengan wanita lain
Selain itu, ada juga suami yang suka mengkritik daripada memberi nasihat dan cuba untuk memperbaiki sesuatu kekurangan tersebut. Tidak kurang dengan itu, ada suami yang suka membandingkan isteri dengan dirinya dan wanita lain sehingga membuatkan mereka rasa terguris hati.
Tak mengutamakan isteri, tak penting
Tambah saudara Akhtar Syamir lagi, ada juga sikap suami yang tidak mengutamakan isteri kerana melebihkan rakan-rakan dan keluarganya. Paling teruk lagi apabila ada suami tergamak melayani isterinya persis orang gaji dan keperluan wanita itu akhirnya tidak terjaga.
Tak ambil tahu masa rehat isteri, puji perempuan lain
Paling malang sekali bila suami mula bertindak memarahi isteri di hadapan orang lain sehingga menjatuhkan air muka wanita tersebut. Ada juga di antara mereka yang lebih rela memuji perempuan lain seolah-olah merendahkan martabat isterinya sendiri.
Sumber : FB Akhtar Syamir