Utama Cinta & Perhubungan Tiap Hari Macam Malam Jumaat, Peguam Syarie Dedah Realiti Keluhan Para Isteri

Tiap Hari Macam Malam Jumaat, Peguam Syarie Dedah Realiti Keluhan Para Isteri

Bila sebut saja ‘malam Jumaat’, pasti ramai sedia maklum bahawa ungkapan itu ada kaitan dengan hubungan di sebalik kamar sepasang suami isteri. Namun begitu, terdapat sesetengah suami menggunakan kesempatan yang ada sehingga menimbulkan keluhan dalam kalangan isteri. Terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu itu, seorang Peguam Syarie yang dikenali sebagai Fahmi Ramli mengulas lanjut isu terbabit.

BACA : Akad Nikah Simple, Sarah Hildebrand Sah Bersuamikan Jejaka Filipina-Amerika

Setiap hari saya macam malam Jumaat untuk suami..

Menerusi posting di Facebook miliknya baru-baru beberapa hari lalu, dia ada menerima pertanyaan daripada seorang wanita tentang suaminya yang kerap meminta untuk melakukan persetubuhan tanpa memikirkan soal perasaannya. Apabila permintaan itu ditolak, si suami tergamak mengatakan bahawa wanita itu sudah jatuh nusyuz.

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam Islam, bukan lepaskan nafsu tapi..

Dalam pada itu, Khairul Fahmi turut memberi penerangan tentang perkara tersebut merujuk kepada prinsip Islam iaitu bukan sekadar melepaskan nafsu semata-mata. Tapi suami isteri dapat merasai nikmat bersama. 




Ada perbezaan pendapat ulama

Jelasnya lagi, terma ‘malam Jumaat’ yang dimaksudkan mempunyai perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Namun, suami isteri tidaklah digalakkan untuk berbuat demikian setiap kali penghujung hari sehingga mendatangkan kemudaratan.

Dapatkan laporan perubatan sebagai bukti

Tambah peguam syarie ini lagi, para isteri yang telah teraniaya perlu memperolehi laporan perubatan yang sahih tentang kecederaan yang dialami dari mana-mana pusat rawatan. Hal ini kerana ia boleh dijadikan sebagai bahan bukti yang kukuh di mahkamah untuk tujuan perbicaraan.




Hanya Hakim Mahkamah Syariah ada hak tentukan nusyuz

Bagi menjawab persoalan sama ada isteri derhaka atau sebaliknya jika menolak permintaan suami, hanya Hakim Mahkamah Syariah saja yang mempunyai hak untuk menjatuhkan hukum tersebut.

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : FB Khairul Fahmi

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI