Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya

13th February 2020
in Artis, Inspirasi, Keibubapaan
Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Saban hari, setiap daripada kita pasti melakukan dosa sama ada sengaja atau tidak. Hal ini terjadi kerana sifat hamba Allah itu sendiri yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, namun iktibarnya perlu diambil bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Tahun lepas, kisah rumah tangga PU Abu pernah menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini telah ditalakkan setelah penceramah bebas itu memilih untuk bernikah dengan Hana walaupun sedang sarat mengandung.

BACA: Tukar Gambar & Status ‘Ibu Tunggal’ Di IG, PU Abu Berpisah Dengan Bini Baru?

Ain cekal layar hidup walaupun berstatus ibu tunggal

Meskipun dibelenggu bermacam masalah dan isu, Ain selamat juga melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lepas secara normal. Sejak daripada itu, dia sering berkongsi perkembangan dan banyak moment indah bersama anak sulungnya. Para pengikutnya di laman Instagram juga sentiasa memuji kecekalan serta ketabahan wanita berusia 24 tahun berkenaan. Terdahulu, Ain juga sempat berterima kasih kepada bekas suaminya kerana sudi bantu memudahkan urusan kelahiran cahaya mata mereka.

Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya

https://www.instagram.com/p/BynSGPZJpkY/

Diam-diam isteri PU Abu dah bersalin

Dalam pada itu, hasil perkahwinan kedua pendakwah tersebut dengan usahawan terkenal Hana Azraa juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada awal Februari lalu. Walaupun  tempoh kehamilannya tidak didedahkan sangat kepada umum, namun wanita berusia 26 tahun ini nyata mengejutkan ramai apabila mendedahkan wajah serta nama zuriat mereka iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.

Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya

Cuba sedaya upaya didik mereka jadi lebih baik daripada aku

Menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya, PU Abu berazam untuk memberikan kasih sayang dan didikan sempurna kepada kedua-dua zuriatnya walaupun mereka dibesarkan oleh ibu berlainan. Mengambil iktibar daripada pelbagai isu sebelum ini, dia mahu anak-anaknya tidak hanya tertumpu pada kejayaan dunia semata-mata. Sebaliknya mengingati Allah dan kejar akhirat juga sekali gus menjadi zuriat yang soleh di masa akan datang.

https://www.instagram.com/p/B8fN4qmJJhP/

Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya

Sumber: IG _sufyanmokhtar

Tags: ain afinianakbayiberbezadidikhana azraaibulahirlelakiPU ABuputera

Related Posts

Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya
Artis

“Syaitan Pun Cuti”, Ini Respons Sharnaaz Terhadap Kemelut Aaron Dan Syamsul

24th March 2023
Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya
Artis

“Jangan Sampai Aku Pula Jumpa Kau”, Syamsul Beri Amaran Kepada Caprice

23rd March 2023
Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya
Artis

“Isteri No 2 Saya Mendengar Kata Saya”- Syamsul Yusof

22nd March 2023
Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya
Artis

Nafi Ira Kazar Hamil, Syamsul Percaya Antara Jalan Taubat Adalah Perkahwinan

21st March 2023
Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya
Berita Semasa

Teruja Naik Kereta Api, Anak-Anak Istimewa Diraikan Hari Pertama Persekolahan

21st March 2023
Next Post
Walaupun Berbeza Ibu, PU Abu Mahu Didik 2 Putera Jadi Lebih Baik Daripadanya

[VIDEO] Lama Jadi Perempuan Desperate, Netizen Excited Zureen Jumpa Abang Sayur

Naura

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)