Hiburan Viral

[VIDEO] Lama Jadi Perempuan Desperate, Netizen Excited Zureen Jumpa Abang Sayur

Selain Zara Zya, Datin Elvina Mohamad dan juga Azlee Khairi, kelibat Dayana Roza yang menggalas watak Zureen juga menambahkan rencah ke dalam jalan cerita drama ‘Seadanya Aku’. Dengan penampilan yang serba warna-warni beserta perangai ‘gila-gila’ dia juga turut menjadi tumpuan netizen sejak episod satu lagi. Ketika rakan baiknya sudah mempunyai teman istimewa masing-masing, Zureen sering kali digambarkan sebagai wanita lurus yang mendambakan cinta seorang lelaki.

BACA : Tak Kira Sebaik Atau Selama Mana Pun Bersahabat, Rasa Iri Hati Tetap Wujud Jua

Sanggup dipergunakan demi cinta seorang lelaki

Pantang sahaja ada lelaki di sekelilingnya, mulalah dia perasan kononnya sedang diperhatikan. Bahkan tanpa berfikir panjang, dia sempat menaruh perasaan terhadap Hadi walaupun mengetahui lelaki itu berstatus suami orang. Meskipun hanya dipergunakan untuk kepentingan sendiri, dia masih tidak sedar dengan perangai buruk lelaki tersebut. Namun kini, dia tidak sempat memikirkan hal itu kerana sedang bergelut dengan konflik pergaduhan Aufiya serta Wina.

Advertisement

Zureen bertembung dengan ‘Abang Sayur’

Namun pada episod semalam, penonton seolah-olah menjadi teruja selepas menyaksikan babak Zureen yang dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya. Di pertengahan simpang, tiba-tiba sebuah motosikal meluru keluar sebelum bertembung dengan kereta merah milik wanita berkenaan. Panik melihat penunggang itu tergolek ke tepi jalan, Zureen segera keluar daripada keretanya.

Advertisement

Zureen dah jumpa pengganti Hadi

Tanpa disangka, rupanya lelaki bernama Arshid itu merupakan insan yang dikenalinya sebelum ini. Meskipun babak lakonan aktor Shawal Osman itu cuma seketika, namun gelagat Zureen yang kelihatan ‘merenyam’ terus mengundang tawa netizen. Setelah lama menjadi wanita desperate, penonton seakan dapat menghidu bahawa itulah jodoh yang dinantikan Zureen selama ini.

Advertisement

 

 

Sumber : Facebook Shawal Osman, Instagram Dayana Roza

Advertisement
Advertisement

Youtube

Facebook

Telegram