Saban hari, setiap daripada kita pasti melakukan dosa sama ada sengaja atau tidak. Hal ini terjadi kerana sifat hamba Allah itu sendiri yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, namun iktibarnya perlu diambil bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Tahun lepas, kisah rumah tangga PU Abu pernah menjadi perhatian umum apabila bekas isterinya, Ain ‘Afini telah ditalakkan setelah penceramah bebas itu memilih untuk bernikah dengan Hana walaupun sedang sarat mengandung.
BACA:Â Tukar Gambar & Status ‘Ibu Tunggal’ Di IG, PU Abu Berpisah Dengan Bini Baru?
Ain cekal layar hidup walaupun berstatus ibu tunggal
Meskipun dibelenggu bermacam masalah dan isu, Ain selamat juga melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun tahun lepas secara normal. Sejak daripada itu, dia sering berkongsi perkembangan dan banyak moment indah bersama anak sulungnya. Para pengikutnya di laman Instagram juga sentiasa memuji kecekalan serta ketabahan wanita berusia 24 tahun berkenaan. Terdahulu, Ain juga sempat berterima kasih kepada bekas suaminya kerana sudi bantu memudahkan urusan kelahiran cahaya mata mereka.
https://www.instagram.com/p/BynSGPZJpkY/
Diam-diam isteri PU Abu dah bersalin
Dalam pada itu, hasil perkahwinan kedua pendakwah tersebut dengan usahawan terkenal Hana Azraa juga telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada awal Februari lalu. Walaupun tempoh kehamilannya tidak didedahkan sangat kepada umum, namun wanita berusia 26 tahun ini nyata mengejutkan ramai apabila mendedahkan wajah serta nama zuriat mereka iaitu Muhammad Uwais Al-Mateen.
Cuba sedaya upaya didik mereka jadi lebih baik daripada aku
Menerusi posting terbaru di laman Instagram miliknya, PU Abu berazam untuk memberikan kasih sayang dan didikan sempurna kepada kedua-dua zuriatnya walaupun mereka dibesarkan oleh ibu berlainan. Mengambil iktibar daripada pelbagai isu sebelum ini, dia mahu anak-anaknya tidak hanya tertumpu pada kejayaan dunia semata-mata. Sebaliknya mengingati Allah dan kejar akhirat juga sekali gus menjadi zuriat yang soleh di masa akan datang.
https://www.instagram.com/p/B8fN4qmJJhP/
Sumber: IG _sufyanmokhtar