Bau badan sememangnya mendatangkan rasa kurang senang orang-orang di sekeliling. Malah individu yang mengalaminya pasti tidak yakin dengan diri sendiri selepas pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan bau tersebut. Sebenarnya banyak saja petua tradisional yang menggunakan bahan semula jadi bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah amalan makan kulit limau seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama @rulduff baru-baru ini untuk menghilangkan bau badan.
BACA :Â [VIDEO] Ramai Seram Lelaki Ini Rakam ‘Penumpang’ Tak Diundang Masa Balik Kerja
Tak pakai deodaran, kaki tak berbau
Menurutnya, dia telah mengamalkannya sejak dari kecil lagi dan langsung tidak memakai sebarang pewangi ketiak (deodarant). Disebabkan makan kulit limau itu juga, kakinya tidak akan berbau walaupun memakai kasut atau stokin yang basah.
Kulit limau dimakan (buang biji), bukannya ditonyoh
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa kulit limau tersebut perlu dimakan dan bukannya ditonyoh pada bahagian ketiak. Jelasnya lagi, rasanya tidaklah masam dan pahit seperti yang disangka ramai. Namun, @rulduff tidak menggalakkan memakan kulit limau yang telah diproses menjadi asam kerana kandungan gulanya adalah sangat tinggi.Â
Memang bagus, kalau berkhemah cikgu bagi tips sama
Perkongsian petua itu telah meraih perhatian para netizen lalu posting tersebut dihujani dengan pelbagai komen. Tidak kurang juga, ada di antara mereka yang mengakui akan kebenaran mengamalkan kulit limau itu dapat menghilangkan bau badan dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Sumber : Twitter rulduff