Beberapa hari lepas, komen antara ahli perniagaan terkenal iaitu Datin Vivy Yusof bersama seorang Instafamous telah menjadi tumpuan gara-gara menyuarakan kebimbangan bahawa PKP memberi impak dahsyat kepada para peniaga. Perkara itu nyata hangat dipertikaikan oleh ramai pihak kerana mereka seolah-olah cuma mementingkan business semata-mata, sementara masyarakat golongan B40 diperkecilkan.
BACA: “2 Minggu PKP Macam Putus Income 2 Tahun” -Individu Kecewa Artis Banyak Demand
Saya tiada akaun FB & tak berniat mempertikai bantuan kerajaan
Setelah mendapat pelbagai kecaman, malam tadi Vivy tampil menafikan pernah membuat kenyataan bernada sebegitu apalagi mempertikai bantuan kerajaan terhadap golongan yang dimaksudkan.
“Isu ini timbul menerusi sebuah Facebook (FB) Live tapi bukan saya punya. Saya tidak ada sebarang akaun FB pun, tetapi telah menonton ‘live’ tersebut. Saya tidak berniat langsung untuk mempertikai sebarang bantuan seperti yang didakwa. Sebaliknya, cuma risaukan tentang nasib yang bakal menimpa majikan dan pekerja susulan musibah ini.”
Kalau saya tak sayang…tak wujud tabung untuk golongan B40
Dalam siaran Instagram (IG) TV berdurasi 7 minit 48 saat itu, beliau menjelaskan tak pernah memandang rendah golongan B40 dan M40. Malah beliau telah melancarkan satu kutipan tabung khas demi membela nasib golongan berkenaan sebelum isu ini dibangkitkan lagi. Namun Vivy sedia mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.
“Saya akui langsung tak pernah nyatakan bahawa golongan berpendapatan rendah tak menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara menerusi FB Live tersebut. Jika tidak menyayangi mereka, pasti saya takkan ambil peduli atau menghulurkan bantuan langsung kepada golongan ini. Sekali lagi saya minta maaf kepada semua netizen dan golongan B40 yang telah tersinggung rentetan isu ini.”
Tindakan undang-undang menanti individu kaki putar belit
Beliau turut menyifatkan kecaman di peringkat nasional terhadapnya agak melampau, hingga terkena tempias kepada ibu bapa serta suaminya. Menjadikan kontroversi ini sebagai salah satu pengajaran terbesar dalam hidupnya, Vivy akui bakal bangkit semula dengan semangat baharu. Namun beliau tetap menegaskan bahawa semua pihak yang telah memutar belit kenyataannya bakal dikenakan tindakan sewajarnya.
“Saya banyak bermuhasabah sepanjang 3 hari ini dan akan lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau berkongsi di alam maya. Tapi agak kecewa apabila netizen pantas mempercayai sesuatu dakwaan tanpa memeriksa kesahihan fakta sebelum dikongsikan. Tindakan undang-undang bakal menanti individu yang telah memutar belit kenyataan berikut termasuklah yang melancarkan petisyen supaya saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.”
https://www.instagram.com/p/B-cKwNZgiQG/