Sekitar awal pagi tadi, seorang kanak-kanak warga China berusia 4 tahun yang sebelum ini disahkan positif koronavirus telah dibenarkan pulang. Hal ini kerana keadaannya dilaporkan semakin pulih menerusi 2 sampel klinikal yang diambil sepanjang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Langkawi. Walau bagaimanapun, berita gembira itu tak bertahan lama apabila negara sekali lagi dikejutkan dengan berita terbaru mengenai wabak Wuhan itu di KLCC pula.
BACA: “Doakan Kami Selamat..” – Warga Hosp. Sungai Buloh Risau Penangan Koronavirus
Tular rakaman pasukan hazmat kerumun KLCC
Sekitar siang tadi, terdapat beberapa foto dan maklumat tersebar menerusi aplikasi WhatsApp tentang kehadiran pasukan Hazmat mengenai seorang individu yang disyaki positif menghidap koronavirus. Ketibaan pasukan khas itu juga didakwa susulan satu panggilan yang dibuat daripada Twin Tower Medical Clinic (TTMC).
Ada individu rebah di kawasan parkir
Menerusi maklumat itu lagi, seorang individu dimaklumkan jatuh pengsan ketika sedang berjalan di kawasan tempat letak kenderaan di Tower 3 berhampiran TTMC. Wanita tersebut juga didakwa menghidap virus berisiko itu menerusi hasil pemeriksaan awal. Walau bagaimanapun, dia dilaporkan bukanlah penyewa di bangunan terbabit.
KKM sahkan seorang gadis warga Kanada disyaki positif koronavirus
Terbaru, pihak KKM menerusi kenyataan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah mengesahkan bahawa seorang gadis warga Kanada disyaki positif hidap wabak novel virus itu. Oleh sebab itu, remaja perempuan berusia 17 tahun segera dibawa ke HKL bagi siasatan lanjut. Dalam berita lain, dua beranak yang juga warga tempatan positif dijangkiti novel coronavirus (nCoV). Mereka dibawa pulang dari Wuhan, China melalui Misi Bantuan Kemanusiaan yang tiba di negara ini pagi semalam.
Sumber: mStar