Viral

Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’

Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’

Sharing is caring!

Sejak tamatnya hari terakhir peperiksaan SPM pada semalam, nampaknya semua pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia begitu teruja meraikan detik ‘kemerdekaan’ itu. Walaupun ada yang bersedih kerana beberapa subjek peperiksaan dikatakan terlalu sukar, namun kini mereka perlu menerimanya dengan hanya terbuka. Tidak ketinggalan, nampaknya ramai yang membuat video perpisahan bagi menghargai segala kenangan khususnya bersama dengan rakas sekelas buat kali terakhir.

BACA : Kini Waktu Pisahkan Kita-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir

Nak try jugak


Salah satu video yang berjaya menarik perhatian netizen adalah rakaman berdurasi seminit lebih hasil perkongsian seorang pelajar lelaki dengan akaun Twitter @eelharm. Sejak dimuat naik semalam, moment menyedihkan itu sudah meraih hampir 20,000 jumlah tontonan daripada orang ramai. Namun uniknya pada kali ini, pelajar berkenaan sempat mengajak seorang guru mereka untuk ikut serta dalam pembikinan video tersebut.

Persahabatan sejati saling mampu memiliki

Sambil diiringi lagu ‘Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu’ versi instrumentaI beserta alunan puisi ringkas sebagai bunyi latar, video ini seolah-olah bertambah syahdu dan meresap ke dalam emosi sesiapa yang mendengarnya. Tambahan pula, mereka mula keluar daripada ‘frame gambar’ berkenaan satu persatu seolah-olah menggambarkan perpisahan yang perlu dilalui memandangkan selepas ini masing-masing akan sibuk dengan fasa baru kehidupan.


Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’ Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’ Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’

Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’

Tisu please tisu

Tidak cukup dengan itu, babak akhir rakaman ini juga semakin sebak apabila guru wanita berkenaan gagal menahan sebak dan mengalirkan air matanya. Berbulan-bulan gigih menaburkan ilmu, akhirnya dia akan melepaskan batch pelajar berkenaan dan bakal menyambut yang baru kelak. Bukan sahaja mendapat tontonan yang boleh tahan banyak, malahan netizen nampaknya benar-benar tersentuh dengan video pendek itu.

Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’ Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’ Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’

Sumber : Twitter Eelharm


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah ‘Barai’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram