Viral

Viral Gelagat Donald Duck Start Motor, Tapi Kelibat Kaki Gadis Cetus Persoalan

Viral Gelagat Donald Duck Start Motor, Tapi Kelibat Kaki Gadis Cetus Persoalan

Sharing is caring!

Sepanjang tahun 2019 ini, pelbagai kisah masyarakat telah menjadi perhatian di segenap ruangan media sosial. Antara yang tidak ketinggalan adalah kisah mengenai mereka yang bekerja sebagai penghibur jalanan berbekalkan maskot watak animasi terkenal. Meskipun kerjaya sedemikian tidak boleh bawa balik keuntungan yang agak lumayan, namun ia tetap merupakan salah satu punca rezeki yang halal di samping mengukir senyuman terhadap para pengunjung.

BACA: Belikan Ayah Motosikal Walaupun Masih Study, Pemuda Ini Buat Ramai Terinspirasi

Pernah tengok Donald Duck hidupkan motor?

Sejak semalam, sebuah video yang memaparkan gelagat maskot karakter Disney terkenal iaitu Donald Duck di atas jalan raya sekitar kawasan Semenyih menjadi tular di laman Twitter. Mana tidaknya, bukan selalu untuk melihatnya menghidupkan motosikal kapcai di hadapan lampu isyarat seperti yang berjaya dirakam oleh pemuda yang dikenali sebagai Faizal Sani ini. Namun apa yang menarik perhatian adalah kelibat kaki seorang lagi individu di hadapannya yang kelihatan dalam paparan tersebut.

Steady je dia bawa..


Dalam pada itu, seorang lagi pengendali akaun yang bernama @NurulFadzlyn28 turut berkongsi paparan lanjut mengenai maskot yang sama pada pautan tweet berkenaan. Dalam rakaman itu pula, Donald Duck tersebut dilihat selamba menunggang motosikal di atas jalan raya namun kali ini cuma seorang diri sahaja. 

Nampak cute…apsal yang bawa tak start motor sendiri?

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan dan 11 ribu retweets. Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen turut berasa curiga tentang kelibat gadis yang berada di hadapannya selain terhibur menyaksikan keletah spontan oleh pemakai maskot comel itu. Namun ujar Faizal, dia cuma ingin berkongsi babak selama 4 saat itu saja dan tiada niat untuk mempersendakan sesiapa.

Viral Gelagat Donald Duck Start Motor, Tapi Kelibat Kaki Gadis Cetus Persoalan

Viral Gelagat Donald Duck Start Motor, Tapi Kelibat Kaki Gadis Cetus Persoalan


Viral Gelagat Donald Duck Start Motor, Tapi Kelibat Kaki Gadis Cetus Persoalan

Viral Gelagat Donald Duck Start Motor, Tapi Kelibat Kaki Gadis Cetus Persoalan

Sumber: Twitter faizalsani12 & NurulFadzlyn28


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Viral Gelagat Donald Duck Start Motor, Tapi Kelibat Kaki Gadis Cetus Persoalan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram