Pantang melintasi ruang media sosial kita, topik mistikal seringkali ‘meresap’ dengan pantas dalam penerimaan masyarakat Melayu khususnya. Topik seram memang sangat mudah menjadi viral seperti sebuah kejadian ini kononnya ada hantu di kawasan rumah flat bertempat di Kuala Lumpur. Video tersebut mendapat perhatian yang banyak daripada pihak netizen sejak dikongsikan pada bulan Ramadan lalu. Namun begitu, rupanya tersimpan sebuah rahsia di sebalik rakaman tular tersebut.
BACA : Kenapa Aku Zoom-Ramai Seram Bila Lelaki Ini Nampak Benda Tercegat Di Belakang
Cukup 10 retweet aku bagi tahu apa jadi sebenarnya
Perkara berkenaan mula didedahkan oleh seorang pengguna Twitter bernama @Amal. Walaupun sangat sekejap, dapat disaksikan ada penampakan makhluk berwajah putih dengan rambut panjang yang muncul di kaki lima bangunan perumahan tersebut. Kelibatnya yang terus menyembunyikan wajah setelah dirakam seolah-olah menambah lagi mood seram ketika itu.
https://twitter.com/kebulur/status/1184440298249707520?s=19
Masa puasa mana ada hantu wey!
Kini setelah sekian lama video tersebut menimbulkan persoalan, akhirnya Amal menceritakan hal sebenar yang terjadi. Rupanya, kelibat tersebut adalah dirinya sendiri yang ketika itu sedang memakai fmasker. Niat mereka hanyalah mahu bergurau sesama rakan, tapi lain pula yang terjadi. Tidak cukup dengan itu, ada pula pihak yang pernah mendakwa bahawa video tersebut adalah milik mereka sendiri. Realitinya, apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Rambut saya memang panjang…
Mengetahui pendedahan ini, netizen juga seakan terkejut dan mula meluahkan pendapat masing-masing di ruang komen. Namun bagi Amal sendiri, dia menyerahkan pada orang ramai dalam menilai dan menerima apa yang diceritakannya ini.
Sumber : Twitter Amal