Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Try Hard Nak Jadi Couple, Haha Naik Angin Bila Jihyo Asyik ‘Menggatal’

23rd January 2020
in Viral
[VIDEO] Try Hard Nak Jadi Couple, Haha Naik Angin Bila Jihyo Asyik ‘Menggatal’
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Meskipun sudah menarik diri daripada Running Man sejak tahun 2017, namun nama Kang Gary masih lagi disebut-sebut sehingga kini. Tidak kira sama ada sengaja mahupun tidak, namun mendengar namanya sahaja cukup menghiburkan semua ahli Running Man serta peminat setia di luar sana. Pasti kita semua seolah-olah terbayangkan semula wajah serta telatah lucu rapper tersebut sewaktu dia masih terlibat dalam produksi variety show ini.

BACA : [VIDEO] Bersungguh Miming Lagu Melayu, Ramai Berdekah Bila Suk-jin Main TikTok

Pemain wanita kena berebut lelaki idaman masing-masing

Menerusi tayangan episod 486 beberapa hari lalu, sekali lagi ahli Running Man menyebut nama rakan lama mereka itu sekali gus menarik perhatian ramai. Berbeza dengan episod sebelum-sebelum ini, tetamu undangan yang terdiri daripada selebriti cantik perlu memilih pemain kegemaran mereka untuk dijadikan couple team. Mereka semua perlu duduk di bahagian atas lantai manakala pemain lelaki akan menghadap ke arah lain terlebih dahulu. 

Kenapa kau rasa aku menarik? Jangan jadi macam ni sebab Gary takde

Sekiranya pemain lelaki tidak bersetuju, mereka boleh terus membantah dan menunggu pemain wanita lain datang ‘melamar’ kembali. Namun apabila tiba giliran Song Ji-hyo, ternyata babak berkenaan membuatkan semua kru produksi berdekah. Bukan sahaja kelihatan sangat teruja dengan jelingan menawan, malahan tanpa membuang masa dia segera pergi ke arah rakan baiknya, Haha. 

Lupakan pasal Gary…Siapa dia sebenarnya?

Sebenarnya sejak kebelakangan ini, selebriti wanita berusia 38 tahun ini sangat suka memilih Haha sebagai rakan gandingannya. Tidak pasti apakah sebabnya, namun lama-kelamaan Haha menjadi rimas kerana dia pula amat berharap untuk berganding dengan tetamu wanita lain. Lebih lawak lagi apabila Haha mendakwa Ji-hyo menjadi begitu dek kerana Kang Gary tiada lagi dalam Running Man. Namun dengan pantas, Ji-hyo segera menafikan bahawa dia pernah mengenali lelaki berkenaan demi menjadikan Haha sebagai couple.

[VIDEO] Try Hard Nak Jadi Couple, Haha Naik Angin Bila Jihyo Asyik ‘Menggatal’ [VIDEO] Try Hard Nak Jadi Couple, Haha Naik Angin Bila Jihyo Asyik ‘Menggatal’

Sumber : Facebook Kocowa, Running Man Philippines

Tags: hahaji-hyokang garyMENGGATALpilihrunning man
Next Post
[VIDEO] Try Hard Nak Jadi Couple, Haha Naik Angin Bila Jihyo Asyik ‘Menggatal’

[VIDEO] Dilema Kehilangan Isteri & Anak, Babak Air Mata Ayah Mariam Cetus Sebak

Hijab Instant Premium, Selesa & Bergaya!
Telefon Pintar 5G dengan Prestasi Hebat & Reka Bentuk Tahan Lasak

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)