Viral

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

Sharing is caring!

Hari konvokesyen merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap mahasiswa untuk meraikan kejayaan selepas bertahun-tahun menimba ilmu. Malah moment ketika berada di atas pentas sewaktu menerima skrol merupakan antara yang ‘wajib’ dirakam pada hari bersejarah tersebut.

BACA : Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak


Tiada lagi naik pentas, istiadat konvokesyen di studio saja..

Dalam suasana norma baharu kali ini, Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menyediakan video simulasi majlis konvokesyen secara maya melalui penggunaan teknologi green screen dan persidangan video. Kesemua graduan dan ahli keluarga yang hadir ke kampus utama wajib mematuhi SOP ditetapkan hingga menerima jubah. Mereka kemudiannya akan ‘ditauliahkan’ di dalam sebuah studio, dan akan terus disunting bersama gambar Tuanku Canselor yang sudah direkodkan terlebih dahulu.

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

Graduan hanya diberi tempoh selama 15 minit saja untuk proses terima skrol..

Setelah sesi tersebut selesai, graduan perlu terus memulangkan jubah sebelum memperoleh cetakan gambar serta slip ijazah tamat pengajian. Secara puratanya, setiap graduan hanya akan mengambil tempoh selama 15 minit sahaja bagi kesemua proses tersebut. Video simulasi majlis konvokesyen itu turut dikongsi oleh pelayar Twitter @IzzRaifHarz dan meraih 50 ribu jumlah tontonan setakat ini.


Bagus, tapi sedih sebab memori di sebalik gambar tu hanyalah edit semata-mata..

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen dan penuntut universiti berkenaan meluahkan rasa hiba kerana tak dapat naik ke pentas seperti ‘tradisi’ istiadat konvokesyen sebelum ini. Meskipun begitu, ada yang turut memuji usaha murni pihak universiti berkenaan dalam merealisasikan juga hasrat untuk menghadiahkan gambar kenangan buat graduan.

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja [VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

Sumber : Twitter IzzRaifHarz


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Tiada Lagi Moment Naik Pentas, Istiadat Konvo Norma Baru Di Studio Saja

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram