Viral

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Sharing is caring!

Bukan sahaja peringkat institusi pengajian tinggi, malahan kebanyakan tadika zaman sekarang begitu ligat membuat majlis konvokesyen secara grand untuk meraikan kejayaan murid-murid yang bakal melangkah ke peringkat sekolah rendah. Nyatanya majlis tersebut begitu menggembirakan, namun penganjurannya bakal bertukar beban buat ibu bapa yang kurang berkemampuan. Percaya mahupun tidak, itulah kejadian yang disaksikan oleh seorang lelaki bernama Irwan ini.

BACA : Ayah Dah Lama Perhati Kasut Tu Tapi.. Moment Kejutan Buat Ayah Bikin Sebak

Ada seorang brother tanya tentang pakej bergambar

Mula dikongsikan sejak semalam, kisah sebak itu sudah meraih lebih 15,000 jumlah retweet. Ketika itu, dia sedang menghadiri majlis konvokesyen anak lelakinya bernama Ali. Sewaktu tiba sesi photoshoot di mana murid-murid sudah mengenakan jubah dan bersedia untuk menangkap gambar, di sinilah semuanya bermula apabila Irwan melihat kelibat seorang bapa yang bertanyakan harga pakej gambar tersebut.

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Nak ambil gambar macam Ali agaknya…Ali kawan dia

Setelah mendengar jawapan tentang harganya, bapa itu beransur pergi bersama si anak yang juga bersahabat dengan Ali. Meskipun tidak tahu gelodak sebenar yang dialami bapa berkenaan, Irwan segera menarik budak itu masuk dan sudi membayarkan kos photoshoot bernilai RM20.


Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Gua pesan dekat dia, teruskan usaha untuk keluarga

Bergelar seorang bapa muda pada zaman kini pastinya bukan hal mudah buat lelaki berkenaan. Tambahan pula, dia mencari rezeki sebagai seorang buruh welding bagi menyara keluarga. Meskipun berulang kali mengucapkan terima kasih atas budi baik itu, namun Irwan lebih berasa berterima kasih dan mengajak orang ramai untuk bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang.

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak


Tak boleh baca cerita macam ni…pagi-pagi mata dah masuk habuk

Netizen juga nampaknya gagal menahan sebak dan memuji kebaikan yang dihulurkan oleh Irwan. RM20 mungkin nampak kecil di mata kita yang berkemampuan ini. Namun pastinya nilai tersebut menjadi cukup bermakna buat lelaki serta anaknya itu.

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah SebakAyah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Sumber : Twitter Irwan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ayah Tak Mampu Bayar Gambar Konvo RM20 Anak, Penghujung Kisahnya Tambah Sebak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram