Hiburan

[VIDEO] Teruja Sham Visa Berjaya Mara, Tindakan Spontan Naqiu Buat Ramai Sebak

[VIDEO] Teruja Sham Visa Berjaya Mara, Tindakan Spontan Naqiu Buat Ramai Sebak
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak minggu lalu lagi, penonton begitu teruja menantikan persembahan daripada peserta Gegar Vaganza 2019 pada pusingan separuh akhir. Namun begitu, harapan penonton bagi mengetahui siapakah yang layak ke final seakan terpadam apabila pihak produksi membuat pengumuman bahawa ia dilanjutkan selama 3 pusingan di tayangan akan datang. Oleh yang demikian, jangkaan bahawa 3 peserta tercorot akan disingkirkan adalah tidak tepat sama sekali. Bukan sahaja penonton, malahan pengacara juga begitu terkejut dengan keputusan berkenaan.

BACA : Kamu Balik Buat Lagu-Tayang Bakat Goreng Bass, Naqiu Buat Ramai Terperanjat

Sham berjaya mahir ke pusingan seterusnya

Ketika tiba pada segmen ‘Ada Lagu, Ada Lagi’, Sham Visa, Nurfatimah serta Wan seolah-olah sudah melihat bayangan mereka bakal disingkirkan dan tidak berjaya meneruskan perjuangan ke pusingan seterusnya. Kejutan di babak akhir tersebut meraih sorakan gemuruh dan penyanyi berusia 43 tahun itu benar-benar berterima kasih atas peluang berkenaan. Semuanya jelas terpancar daripada riak wajahnya ketika memberikan tunduk hormat di tengah pentas.


Ini adalah detik paling comel dalam Gegar Vaganza

Dalam pada itu, respon spontan yang diberikan oleh rakan seperjuangannya iaitu Naqiu Boboy turut mencuri perhatian ramai. Sejurus diumumkan, penyanyi muda itu segera mendakap Sham Visa dengan erat sekali. Seperti diketahui ramai, mereka berdua sememangnya mempunyai hubungan brotherhood yang begitu utuh. Bahkan di hujung rakaman pendek ini, Naqiu sempat melompat gembira di samping ‘abangnya’ itu.

Dia punya semangat tu datang kat saya

Menerusi sebuah temu bual pendek yang dibuat oleh produksi Mindorder Management pula, Naqiu menyifatkan dia terlalu gembira dengan keputusan berkenaan dan sebab itulah dirinya terus memeluk Sham di pentas tersebut. Katanya, dia sungguh bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh Sham walaupun peti suaranya mengalami masalah kesihatan sejak kebelakangan ini. Rata-rata netizen juga merasa begitu terharu melihat hubungan akrab 2 penyanyi ini.


[VIDEO] Teruja Sham Visa Berjaya Mara, Tindakan Spontan Naqiu Buat Ramai Sebak [VIDEO] Teruja Sham Visa Berjaya Mara, Tindakan Spontan Naqiu Buat Ramai Sebak [VIDEO] Teruja Sham Visa Berjaya Mara, Tindakan Spontan Naqiu Buat Ramai Sebak

Sumber : Twitter Gig dan Youtube MindOrder Managemant


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Teruja Sham Visa Berjaya Mara, Tindakan Spontan Naqiu Buat Ramai Sebak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram