Selain daripada kucing, terdapat banyak lagi spesis yang sering dijadikan haiwan peliharaan termasuklah beruk. Jika dijaga dengan betul, sifat manja haiwan ini akan dapat dirasai sekali gus ‘mencairkan’ hati sesiapa sahaja. Seperti kisah lelaki ini, dia sempat berkongsi rasa duka saat hendak berpisah dengan beruk yang diberikan nama Rocky.
BACA :Â [VIDEO] Zara Zya Disergah Azlee Sampai Terkejut Beruk, Netizen Pula Cakap Sweet
Berat hati nak lepaskan Rocky…jalan kaki untuk luangkan masa
Menerusi perkongsian Danil di Tiktok , dia menyatakan akan berangkat ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Pemuda ini terpaksa melepaskan Rocky untuk dijaga oleh sepupunya selepas ini. Danil berasa sedih memandangkan sudah lama menjaga haiwan berkenaan. Dalam pada itu, lelaki ini memilih untuk berjalan kaki berbanding motosikal kerana dia ingin meluangkan masa yang agak lama dengan Rocky.
https://www.tiktok.com/@danil_abl123/video/6915944680349814017?lang=en
Tak tahu lagi bila boleh jumpa…
Pemuda ini juga sempat merakamkan detik terakhir sebelum berpisah dengan Rokcy. Jelasnya, dia sendiri tidak tahu bila lagi masa yang sesuatu untuk berjumpa dengan binatang berkenaan. Pada akhir video, Danil sempat memberikan kucupan kepada beruknya.
https://www.tiktok.com/@danil_abl123/video/6916705860685188353?lang=en
Rocky selalu datang kedai makan…pernah hantar ke tempat asal tapi dia datang semula
Memetik laporan mStar, Danil memberitahu bahawa kali pertama berjumpa dengan Rocky ketika bekerja di sebuah kedai makan. Dia juga pernah menghantar semula haiwan itu ke tempat asal namun, ia datang semula kepada pemuda tersebut.
Sumber : Tiktok Danil & mStar Online