Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Terlalu Malu Ketika Dahi Hendak Dikucup, Sweet Sungguh Tasha & Suami

28th February 2020
in Viral
[VIDEO] Terlalu Malu Ketika Dahi Hendak Dikucup, Sweet Sungguh Tasha & Suami
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Menyifatkan jodohnya sebagai ‘cinta sejati’, aktres jelita iaitu Tasha Shilla kini sudah selamat bergelar isteri kepada jejaka Singapura iaitu Muhammad Atiq Idris. Sekian lama peminat tidak mendengar perkembangannya dalam dunia hiburan, sudah pasti berita gembira tersebut begitu mengejutkan ramai. Sejak pagi tadi, kisah mengenai perkahwinan itu terus menghiasi segenap media sosial kita apalagi mereka berdua baru sahaja bertunang minggu lalu.

BACA : [VIDEO] Hanya Tunang Seminggu, Tasha Shila Kini Sah Jadi Milik Jejaka Singapura

Semoga kekal ke akhir hayat

Menjengah ke ruangan Instagram mStar juga, sebuah video menyaksikan mempelai tersebut baru sahaja selesai akad nikah terus menjadi perhatian. Mungkin terlalu gembira dan gemuruh dalam waktu yang sama, Tasha kelihatan agak ‘malu-malu kucing’ saat Atiq mahu memberikan kucupan di dahi.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Tersengih saat diusik rakan media

Jika diperhatikan, bekas peserta Dewi Remaja 2005/2006 tersebut sempat menatap tepat pada mata si suami dilihat ketawa kecil. Aksi merpati dua sejoli itu juga menerima senyuman daripada semua tetamu yang hadir pada hari bahagia berkenaan. Sudahlah dipandang banyak mata, mereka berdua juga mula tergelak saat diusik manja oleh rakan-rakan media yang sibuk mengambil gambar moment bermakna tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm)

Kenal 2 bulan sahaja terus berkahwin

Meskipun pada awalnya dia kelihatan begitu segan, namun Tasha akhirnya bagai mengumpul kekuatan sebelum memegang pergelangan tangan Atiq sambil dahinya dikucup lembut. Difahamkan juga, perkenalan mereka cuma 2 bulan sahaja sebelum kedua-duanya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

[VIDEO] Terlalu Malu Ketika Dahi Hendak Dikucup, Sweet Sungguh Tasha & Suami

[VIDEO] Terlalu Malu Ketika Dahi Hendak Dikucup, Sweet Sungguh Tasha & Suami

Sumber : Instagram mStar dan jaydeesm

Tags: dahikahwinkucupmalumuhammad atiq idrissegantasha shilla
Next Post
[VIDEO] Terlalu Malu Ketika Dahi Hendak Dikucup, Sweet Sungguh Tasha & Suami

Malaysia Baru Nak Bebas Koronavirus, Namun Wanita Baru Balik Jepun Bawa Wabak

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)