Tidak dinafikan, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menjadi tauladan buat anak-anak. Selain daripada kelakuan yang baik, didikan dalam ilmu agama juga harus diterapkan ke dalam diri mereka. Itulah yang telah dipraktikkan oleh suami isteri ini kepada bayi mereka yang bernama Safiyya.
BACA: Tudung Nikah Ayda Jebat Dipuji Kemas, Rupanya Ini Cara Bawal Sentiasa On Point
Tersengih dengar ayah mengaji…dapat buku terus belek siap tekun lagi bila suami mengajar Alif Ba Ta
Menerusi perkongsian Puan Ieyna Aziz di TikTok, dia telah memaparkan gelagat keluarganya yang sedang duduk di atas sofa. Sambil berselimut, bayi berkenaan tersenyum lebar sebaik saja mendengar dan melihat ayahnya mengaji. Menyaksikan respon si anak, lelaki tersebut memberinya sebuah buku untuk dibaca. Lebih mencuit hati, si cilik berkenaan segera membelek-belek isi bukunya itu dengan penuh tekun. Setelah melihat kesungguhannya itu, suaminya segera mengajarkan Alif Ba Ta kepada anak perempuan mereka.
@azliena.aziz Anak solehah ibu🤲🏻
Alahai comelnya dia, geram je tengok…semoga jadi anak yang solehah buat mak dengan ayah nanti
Secara keseluruhannya, video berdurasi 20 saat berkenaan telah meraih lebih 30 ribu tontonan. Rata-rata netizen berasa teruja melihat gelagat bayi perempuan suami isteri tersebut. Bukan sahaja memuji kecomelannya, mereka juga berharap agar Sofiyya boleh membesar dengan baik serta menjadi anak yang solehah.
Sumber: TikTok Ieyna Aziz