Keluarga

[VIDEO] “Atuk, Sepak Kang” – Viral Cucu Terkejut Disergah Atuk ‘Shrek’

[VIDEO] “Atuk, Sepak Kang” – Viral Cucu Terkejut Disergah Atuk ‘Shrek’
Rasaflix

Sharing is caring!

Kegembiraan di rumah pasti akan bertambah apabila adanya gelak tawa dan gurau senda dalam kalangan ahli keluarga. Begitulah juga yang berlaku dalam video mencuit hati antara seorang datuk bersama cucunya baru-baru ini.

BACA:Ā Laju Sangat Sampai Tak Seimbang, Keluarga Anak Kecil Bot Karam Banjir

Atuk senyap-senyap kacau dari belakang, budak terkejut disergah automatik termarah atuk

Menerusi perkongsian oleh Nur Shazwani Damia di akaun Twitternya, anak buahnya sedang duduk di atas meja dapur sambil wajah dan tangannya penuh dengan tepung. Tanpa disangaka-sangka, si cilik berkenaan telah disakat oleh datuknya dari arah belakang. Terkejut dengan usikan terbabit, budak perempuan itu malah spontan memarahinya dengan nada yang sangat manja.


Rupanya atuk usik pakai topeng watak ‘Shrek‘, “Terkejut Nana..”

Rupa-rupanya, bapa Nur Shazwani Damia ketika itu memakai topeng watak animasi terkenal ‘Shrek‘ yang mungkin dianggap menakutkan. Selepas video itu jadi viral, gadis ini turut berkongsi video ‘penjelasan’ si cilik yang lebih senang disapa sebagai Nana. Dengan nada yang sangat comel, anak saudaranya itu mengakui terkejut apabila disergah oleh datuknya.

‘Akak kawasan’ ni marah sangat dekat atuk, Garangnya Nana walaupun muka sama naik dengan atuk menakutkan…

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi spontan Nana dan cara datuknya bergurau. Malah ada yang turut mengusik rupa si cilik tersebut ketika putih bertepung sebelum itu juga tak kurang menakutkan.

[VIDEO] “Atuk, Sepak Kang” – Viral Cucu Terkejut Disergah Atuk ‘Shrek’

[VIDEO] “Atuk, Sepak Kang” – Viral Cucu Terkejut Disergah Atuk ‘Shrek’


[VIDEO] “Atuk, Sepak Kang” – Viral Cucu Terkejut Disergah Atuk ‘Shrek’

Sumber: Twitter burankuuuu

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] “Atuk, Sepak Kang” – Viral Cucu Terkejut Disergah Atuk ‘Shrek’

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram