Viral

[VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai

[VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai
Rasaflix

Sharing is caring!

Sekian lama menjadi pengacara gandingan bersama Nabil Ahmad, akhirnya Neelofa mengejutkan ramai apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada terlibat dengan rancangan MeleTOP. Sudah pasti ia sebuah keputusan yang sukar bukan sahaja buat dirinya, malahan kepada Nabil serta peminat setianya. Bahkan pada tayangan yang disiarankan pada Selasa lalu, rancangan hiburan itu sempat membuat segmen khas untuk meraikan pemergiannya Neelofa buat kali terakhir.

BACA : [VIDEO] Cabar Kawan Untuk Hubungi Crush, Tak Sangka Orangnya Depan Mata Sendiri 


Boleh nampak Nabil tahan air mata

Tidak ketinggalan, detik mengharukan itu dikongsikan semula menerusi Twitter seorang individu yang menggunakan akaun @HanisMorgann. Dalam klip video berkenaan, pengacara anggun tersebut mula memberikan kata-kata perpisahan sambil duduk di sebelah Nabil. Entah apa sebabnya, namun Nabil terus ketawa dan sempat menggoyang-goyangkan tubuhnya. Menurut tanggapan Hanis juga, jelas terpancar sebenarnya pelawak lelaki itu sedang menahan air mata daripada jatuh berguguran mengenangkan perpisahan yang sedang berlaku.

Aku nak merasa friendship macam ni

Tidak ketinggalan, kasyen yang dibuat oleh Hanis ternyata membuatkan hati netizen tersentuh sehingga posting berkenaan meraih lebih 10,000 jumlah retweet. Kata wanita itu, dia amat mengidolalisasikan hubungan persahabatan yang terjalin di antara Nabil serta Neelofa selama ini. Bahkan dirinya sendiri sangat berharap agar dapat merasai kemanisan sebegitu dalam hubungan persahabatannya menginjak tahun baru kali ini.


[VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai [VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai

[VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai[VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai

Bayangkan dah 8 tahun tiba-tiba kena berpisah pula

Melihat kepada ruangan komen pula, kebanyakan netizen turut bersedih sama apabila menyaksikan perpisahan yang terjadi kepada 2 artis berkenaan. Selain itu juga, mereka juga berpendapat Nabil sebenarnya sedang memendam perasaan sedih sewaktu Neelofa melangkah keluar daripada studio itu.

[VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai [VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai [VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai

Sumpah : Twitter Hanis


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Tahan Air Mata Jantan, Friendship Neelofa & Nabil Jadi Inspirasi Ramai

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes