Baru-baru ini tular video di laman media sosial memaparkan ahli kumpulan K-Clique iaitu Muhammad Hairi Amin atau lebih dikenali sebagai MK bersama seorang gadis yang dipercayai teman wanitanya. Aksi sweet MK dengan gadis yang memiliki wajah mirip selebriti terkenal Mira Filzah tenyata telah membuatkan ramai peminat khususnya para gadis ‘makan hati’ melihat mereka.
BACA : “Gembira Gila..” – MK K-Clique Dedah Jadi Rapper Sebab Nak Sara Keluarga Di Sabah
Terciduk kamu..
Paparan video berdurasi 30 saat yang telah dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama Mohd Amirin ini telah meraih hampir 9,000 retweets dan 11,000 tanda suka daripada para netizen.
https://twitter.com/mohdamirin_/status/1180372639182811136
Mungkin salah seorang kakak atau ibu..
Terpanggil untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara itu, akhirnya MK membuka mulut tentang teka-teki status hubungannya dengan gadis berkenaan menerusi portal mStar. Menurut penyanyi rap ini, kemungkinan gadis yang dimaksudkan itu adalah salah seorang kakak atau ibunya.
Saya sendiri tak tahu wanita mana..
Tambah penyanyi berasal dari Sabah ini, dia jarang mengambil tahu isu-isu berkaitan kontroversi kerana anggota kumpulan K-Clique telah diajar untuk tidak mempedulikan apa yang berlaku di media sosial. Memandangkan tidak pernah menonton klip video terbabit, maka dia sendiri tidak tahu menahu siapakah gerangan wanita yang hangat diperkatakan ramai itu.
Jodoh di tangan Allah & kalau ada, harap dipermudahkan
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Mimpi’ ini menyerahkan urusan jodoh di tangan Allah SWT dan bakal berkahwin sekiranya segala perancangan dipermudahkan. Walau bagaimanapun, kumpulan K-Clique enggan menjadikan soal cinta sebagai keutamaan memandangkan mereka masih muda dan perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam karier seni.
Sumber : mohdamirin , mStar