Memasuki era tahun 2000-an, rata-rata golongan muda nyata lebih cenderung mendengar muzik rentak terkini atau memuja artis sensasi dari Barat mahupun K-Pop. Tetapi berbeza pula dengan seorang anak jati kelahiran negeri Perak ini. Bukan setakat obses dengan lagu-lagu nostalgia sekitar tahun 1960 dan 1970-an, pemuda bernama Muhammad Yassin Mohd Daud malah turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan suaranya persis Allahyarham Datuk Ahmad Jais.
BACA: 4 Kali Menang Vokal Terbaik, Persembahan Hafiz Bersama Isteri Romantik Habis
Muncul dalam MHI…disuruh ‘belanja’ lagu raya
Sekitar Mac lalu, Ahmad Yassin telah diundang ke rancangan temu bual Malaysia Hari Ini (MHI) untuk mengetengahkan identitinya sebagai penghibur baru. Gara-gara terpegun dengan suara lunaknya, para hos dan krew produksi bertugas malah sempat minta artis muda tersebut mendendangkan beberapa karya hebat Allahyarham A. Jais termasuklah lagu kesukaan ramai iaitu ‘Selamat Hari Raya’.
Kesian budak ni pagi2 dah kena dera dengan Fedtri Yahya. 😂😂
Papepun lagu raya buat xsbr nk raya ni pic.twitter.com/TqmsgjkiuM
— 🇵🇸 𝙈 𝙇 𝙃 𝙆 🍉 (@luqmanhkm_14) March 5, 2020
Kalau berbakat…saya memang suruh nyanyi banyak lagu
Meskipun baru berusia 22 tahun, tapi keunikan lenggok suara anak keenam daripada 7 beradik ini sememangnya menarik perhatian ramai hinggakan sedutan tersebut meraih lebih 120 ribu tontonan setakat ini. Malah Fedtri Yahya sendiri mengakui tertarik untuk mendengar banyak lagu daripada penyanyi yang dirasakannya memiliki potensi istimewa.
Telan kaset ke? Dia nyanyi terus nak raya
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut sebaik mendengar nyanyian Ahmad Yassin yang cukup klasik berkenaan. Selain menyifatkan anugerah dimilikinya amat istimewa, mereka malah berseloroh tiba-tiba terus bersemangat untuk mood raya susulan dendangan lagu Allahyarham.
Sumber: Twitter luqmanhkm_14 & YouTube TV3MALAYSIA Official