Artis Viral

[VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi

[VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi

Sharing is caring!

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil TokTi sering sahaja berkongsi aktiviti hariannya di laman Instagram. Antara yang sering mendapat perhatian netizen adalah gelagat-gelagat lucu oleh puteri tunggalnya, Siti Aafiyah kini berusia 2 tahun. Si kecil itu kelihatan sangat petah berbicara serta boleh dikatakan lincah seperti kanak-kanak lain seusianya. 

BACA: Subhanallah Anak Ibu Ni DS Siti Nurhaliza Tak Sangka Aafiyah Tunjuk Bakat

[VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi

Boleh tarik tinggi sambil layan kerenah anak

Terbaru video aksi dua beranak tersebut sekali lagi mencuri perhatian netizen. Video berkenaan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @Ekebal. Tokti yang sedang menyanyi di atas pentas dilihat dengan selamba menarik ‘note‘ tinggi tatkala diri perlu melayan kerenah anak perempuannya itu. Aafiyah pada mulanya ligat menari di sisi ibunya sebelum tiba-tiba berkeras mahu turun daripada tempat tersebut. 


 

Tetap teruskan nyanyian sambil tersenyum

Walaupun kelihatan agak kelam kabut apabila perlu memantau puteri kecilnya itu, Tokti tetap meneruskan nyanyiannya dengan penuh senyuman untuk menghiburkan para penonton yang hadir. Kejadian itu dirakam sewaktu penyanyi tersebut membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan kenalannya. 

[VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi [VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi

Macam mak-mak kita bila marah pitching naik

Video berdurasi kurang 30 saat itu telah mendapat jumlah tontonan hampir 98,000 kali beserta 4,600 retweets. Rata-rata netizen memuji nyanyian penyanyi ini yang masih lunak dan ‘power‘ walaupun berada dalam situasi tidak dijangka seperti itu. 


 

[VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi [VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi [VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTiSumber: Twitter Ekebal


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Selamba Tarik Tinggi Sambil Layan Aafiyah, Netizen Terpaku Tengok TokTi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram