Anak Tak Dapat Naik Roller Coaster Di Theme Park, Bapak-Bapak Ini Guna Idea Win

Percutian ke theme park sememangnya aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga. Bukan sahaja kanak-kanak, malahan orang dewasa juga boleh mencuba pelbagai permainan ekstrem yang ada di pusat percutian berkenaan. Antara yang popular adalah roller coaster dan jika diperhatikan, kebanyakan negara berlumba-lumba membina landasan tinggi untuk menambahkan tahap ‘gilanya’.  Tapi bagi sesetengah taman tema, kanak-kanak tidak dibenarkan menaikinya untuk mengelakkan risiko tertentu.

BACA : RM30 Dulu Boleh?-Cikgu Hampir Menangis, Ibu Terpaksa Bayar Ansur Yuran Anak

Main roller coater depan televisyen je

Namun baru-baru ini, seorang lelaki bernama Amar Aziz sempat berkongsikan sebuah video menarik di Twitternya sehingga sudah meraih lebih 13,000 jumlah retweet. Menurut rakaman tersebut, dia berjaya memberikan pengalaman menaiki permainan ekstrem itu kepada anak-anaknya dengan cara paling kreatif. Hanya berbekalkan sebuah televisyen yang menayangkan visual roller coaster bergerak, semua kanak-kanak berkenaan mula duduk dalam posisi bersila sebelum ‘berlepas’.

Advertisement

Bila menjunam, semua melekek ketawa

Apabila paparan di skrin TV sudah mula dimainkan, Amar serta seorang lagi lelaki mula memegang sisi meja dan menggerakkan perabot itu seiring dengan pergerakan roller coaster tadi. Walaupun hakikatnya mereka tidaklah berada di atas landasan sebenar, namun jelas kedengaran suara teruja dan takut kanak-kanak berkenaan lebih-lebih lagi apabila sampai ke bahagian yang menjunam.

Advertisement

Aku pula rasa nak termuntah ikut depa bergerak

Menjengah kepada ruangan komen pula, kebanyakan netizen seolah-olah turut merasa teruja meskipun hanya menyaksikan video ini di skrin telefon sahaja. Ada juga yang mencadangkan supaya kipas angin diletakkan pada bahagian depan supaya lebih menyerupai suasana sebenar permainan ekstrem berkenaan.

Sumber : Twitter Amar Aziz

Advertisement

Advertisement