Video Sedih Dayah Bakar Tular, Aksi Polis Korek Telinga Pula Jadi Perhatian

Beberapa hari lepas tularnya di media sosial, video sedih seorang pengacara wanita sewaktu menghantar suaminya di lapangan terbang untuk bertugas di luar negara. Posting yang telah dimuat naik oleh Dayah Bakar tersebut nyata membuat penonton terharu melihat situasi itu. Walau bagaimanapun, tular pula potongan video berkenaan yang memaparkan adegan tidak disangka-sangka di belakang mereka. 

BACA: [VIDEO] Suami Dapat Panggilan Tugas Ke Australia, Isteri Payah Lepaskan Pergi

Advertisement

Polis belakang tu korek telinga lepas tu sapu kat tiang

Adegan itu telah diperkatakan oleh seorang gadis, @isthatzahra di laman Twitter sebelum akhirnya menerima perhatian ramai. Di sebalik babak sedih antara personaliti televisyen dan juga suaminya itu, terselit adegan seorang polis bertugas sedang mengorek telinga sebelum dilihat mencalit pada tiang berdekatan. Lelaki tersebut dipercayai sedang menjaga pintu masuk untuk ke bahagian pemeriksaan imigresen di lapangan terbang itu. 

Aku bukak video ni semata-mata abang polis tu

Advertisement

Sesetengah orang tidak perasan akan kelakuan tersebut namun bertindak mengulang kembali video tersebut bagi melihat dengan lebih jelas. Posting yang telah dimuat naik itu telah menerima lebih 13,176 retweets. Rata-rata netizen dilihat tertawa besar dengan penemuan terbaru berkenaan. Ada juga netizen turut mengagumi gadis tersebut yang perasan akan kelakuan anggota polis itu.

Advertisement

Sumber: Twitter Itsthatzahra 

Advertisement