Viral

[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19

[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19
Rasaflix

Sharing is caring!

Baru sahaja tadi kecoh di media sosial tentang cerita mengenai Mawar dan anaknya, Maryam disahkan positif COVID-19. Turut terkesan dengan berita ini, bekas suaminya iaitu Fizo Omar telah  meluahkan perasaan dengan memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya.

BACA : Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19

[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19

Lega sekurangnya Maryam ada dengan Mawar… tak boleh bayang kalau anak kena admit sorang-sorang

Berdasarkan video yang telah dikongsikan olehnya, aktor itu meluahkan rasa sayu apabila anak dan isterinya disahkan positif COVID-19. Walau bagaimanapun, Fizo berasa sedikit lega apabila Maryam ada bersama-sama dengan Mawar di pusat rawatan nanti. Jelasnya lagi, dia tidak dapat membayangkan seandainya anak perempuannya itu dijangkiti wabak terbabit tanpa sesiapa di sisi. Sebagai seorang ayah, aktor berusia 35 tahun ini berasa sedih kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menatap video ketika Maryam menaiki ambulans.


[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19

Perasaan yang tak boleh nak digambarkan…menggigil satu badan lepas tahu orang tersayang dijangkiti

Selain daripada rakan-rakan artis, rata-rata netizen turut berasa sebak serta berharap agar Fizo Omar kekal kuat menghadapi ujian. Mereka juga sempat berkongsi pengalaman yang sama tatkala insan yang tersayang dijangkiti COVID-19. Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan supaya Mawar dan Maryam diberikan kesembuhan.

[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19

[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19

[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19

 

Sumber : Instagram Fizo Omar

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura


Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.


[VIDEO] “Saya Speechless”-Komen Sedih Fizo Bila Mawar & Anak Positif COVID-19

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes