Viral

Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19

Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19
Rasaflix

Sharing is caring!

Ibarat musuh halimunan, dalam diam sesiapa pun boleh terdedah dengan wabak COVID-19 ini. Siapa sangka daripada batuk kuat dan demam panas, wanita yang dikenali sebagai Eyma ini telah mendedahkan pengalamannya menghidap COVID-19.

BACA: [VIDEO] Queen Of Vocal, Tepat Ramalan Netizen Aina Abdul Juara Idol Vokal Mania

Batuk & demam panas melarat…awalnya disyaki kena denggi

Selepas menyelesaikan urusan bank di Kluang, Eyma mendapati dirinya mengalami batuk dan demam panas. Doktor mulanya mengesyaki gadis itu mungkin menghidap demam denggi memandangkan dia turut nyatakan hidap masalah sendi. Namun 2 hari kemudian, masalah kesihatannya semakin melarat hingga tiada deria bau dan rasa.

Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19

Badan mula lemah…member rumah sahkan saya positif COVID-19

Gara-gara kondisi kesihatannya belum surut selepas 5 hari, Eyma sekali lagi datang buat pemeriksaan. Alangkah terkejutnya doktor tersebut apabila tanda-tanda virus mula ketara malah menyarankannya membuat ujian saringan Covid di pusat rawatan. Selepas melakukan swab test, rakan serumah yang merupakan pekerja di makmal ujian COVID-19 telah mengesahkan Eyma positif. Susulan itu, wanita tersebut dijemput ambulans serta mohon maaf kepada semua pihak yang pernah bertemunya.


Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19

Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19

Pentingnya kuarantin 14 hari…amalkan vitamin & air lemon

Mengambil ikhtibar dari kisahnya, Eyma menasihatkan masyarakat yang mungkin mempunyai simpton cepat-cepat buat pemeriksaan. Malah, dia turut menyarankan agar masyarakat mementingkan kuarantin 14 hari serta berkongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan. Eyma kini dikhabarkan telah bebas wabak tersebut dan sedang beransur pulih.

Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19

Sumber: Twitter EymaHana

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram