Baru sahaja tadi kecoh di media sosial tentang cerita mengenai Mawar dan anaknya, Maryam disahkan positif COVID-19. Turut terkesan dengan berita ini, bekas suaminya iaitu Fizo Omar telah meluahkan perasaan dengan memuat naik sebuah video di akaun Instagram miliknya.
BACA :Â Doktor Ingat Tanda Demam Denggi, Gadis Tak Sangka Rupanya Positif COVID-19
Lega sekurangnya Maryam ada dengan Mawar… tak boleh bayang kalau anak kena admit sorang-sorang
Berdasarkan video yang telah dikongsikan olehnya, aktor itu meluahkan rasa sayu apabila anak dan isterinya disahkan positif COVID-19. Walau bagaimanapun, Fizo berasa sedikit lega apabila Maryam ada bersama-sama dengan Mawar di pusat rawatan nanti. Jelasnya lagi, dia tidak dapat membayangkan seandainya anak perempuannya itu dijangkiti wabak terbabit tanpa sesiapa di sisi. Sebagai seorang ayah, aktor berusia 35 tahun ini berasa sedih kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menatap video ketika Maryam menaiki ambulans.
Perasaan yang tak boleh nak digambarkan…menggigil satu badan lepas tahu orang tersayang dijangkiti
Selain daripada rakan-rakan artis, rata-rata netizen turut berasa sebak serta berharap agar Fizo Omar kekal kuat menghadapi ujian. Mereka juga sempat berkongsi pengalaman yang sama tatkala insan yang tersayang dijangkiti COVID-19. Dalam pada itu, ada juga yang mendoakan supaya Mawar dan Maryam diberikan kesembuhan.
Sumber : Instagram Fizo Omar