Keputusan Semi Final Muzik-Muzik 34 yang diumumkan pada semalam nyatanya seolah-olah membawa aura baru apabila ramai penyanyi muda berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). Antara muka-muka baru yang berjaya menggondol peluang ke peringkat seterusnya adalah Naim Daniel (Sumpah), Aina Abdul menerusi lagu ‘Sumpah’, Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) serta Kugiran Masdo (Dinda). Keputusan berkenaan nyatanya membuat ramai peminat terkejut dan memberikan pelbagai reaksi.
BACA :Â [VIDEO] Gantikan Faizal Tahir, Nyanyian Ragaman Oleh Kembar P. Ramlee Dipuji
Dendangan lagu daripada drama popular Malaysia
Meskipun masih ramai lagi artis ‘otai’ yang gagah memperjuangkan lagu masing-masing, malangnya rezeki tidak berpihak kepada mereka sekali gus menghapuskan bayangan untuk mara ke AJL nanti. Amylea dan Megat tampil membuat persembahan menerusi OST salah sebuah drama popular di Malaysia iaitu ‘Nur 2’. Namun, percubaan mereka membawa lagu berjudul ‘Tetap Kamu’ itu hanya terhenti di pusingan ini sahaja.
https://www.youtube.com/watch?v=dXMEAxPxcZA
2 penyanyi hebat dengan vokal mantap
Selain itu juga, persembahan daripada Marsha Milan menerusi lagu ‘Bimbang’ serta Datin Alyah dengan dendangan lagu ‘Jutaan Purnama’ juga menerima pujian tinggi daripada netizen. Seperti yang sudah kita ketahui, vokal mantap daripada 2 penyanyi senior ini memang tidak dapat dinafikan hebatnya. Namun begitu, mereka tidak dapat meraih peluang untuk mara ke pusingan akhir dan nampaknya, peminat mula meluahkan rasa terkilan dengan keputusan tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=j5PJatEO3EA
https://www.youtube.com/watch?v=eVFSwZvtdUo
Pemilihan kali ini membosankan…Confirm hambar nanti
Bagi mereka, keputusan yang tidak berpihak kepada penyanyi ‘otai’ tersebut bakal menjadikan pusingan akhir agak hambar. Jika dilihat kepada ruangan komen lagi, netizen mula membuat andaian serta jangkaan pemenang akhir kelak. Ada juga yang mempertikaikan mengapa lagu santai berjudul ‘Dinda’ daripada Kugiran Masdo berjaya mara.
Satu-satunya band indie masuk AJL…Tahniah
Sebelum ini, sebenarnya lagu ‘Dinda’ pernah menjadi viral dan kegilaan orang ramai di media sosial. Tambah netizen lagi, mungkin faktor berkenaan mempengaruhi keputusan tersebut. Meskipun ada yang menyuarakan kekecewaan, namun peminat kumpulan ini terus menyokong dan mengucapkan selamat maju jaya untuk pusingan akhir nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=PYJNKG33xDY
Sumber : Youtube TV3Official