Utama Viral Ramai Terkedu Fimie Don Tayang Bakat Rap, Sampaikan 'Mak Som' Pun...

[VIDEO] Ramai Terkedu Fimie Don Tayang Bakat Rap, Sampaikan ‘Mak Som’ Pun Komen

Suatu ketika dahulu, wajah pelakon kanak-kanak bernama Fimie Don pernah menghiasi segenap sudut layar perak beserta kaca televisyen kita. Antara siri drama popular yang pernah dibintangi oleh pelakon muda ini adalah kisah fantasi berjudul ‘Hikayat Putera Shazlan’. Bersiaran di saluran Astro Ceria pada 2006, siri berkenaan seolah-olah menjadi kegilaan ramai  khususnya golongan kanak-kanak pada waktu tersebut. 

BACA : Jerawat Tumbuh Lepas Shave Ketiak, Instafamous Terkedu Bila Kena Bayar RM17,000

Jangan panggil ku ikan ku tak pandai berenang…

Setelah agak lama menyepi daripada industri hiburan, kini Fimie kembali menjadi sebutan ramai ekoran daripada video miliknya yang viral sejak kebelakangan ini. Siapa menyangka dia yang dahulunya amat dikenali dengan perwatakan comel ini menyimpan satu bakat terpendam iaitu menyanyi rap. Sebenarnya, Fimie sudah berkongsikan bakat berkenaan menerusi Instagram sejak 6 Oktober lalu namun tiba-tiba ia terus menjadi viral di Twitter pula.

Advertisement




Jangan sampai Mak Som nampak…Mau dia hempuk

Dengan iringin muzik latar santai, pelakon yang sekarang sudah berusia 21 tahun ini dilihat menyanyikan setiap bait lirik dengan sangat jelas mengikut stailnya tersendiri. Mendapat jumlah tontonan tinggi, rata-rata netizen tidak menyangka bahawa aktor muda berkenaan mempunyai kelebihan tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga yang berseloroh dan mula mengaitkan video berkenaan dengan drama ‘Hikayat Putera Shazlan’ lebih-lebih watak Mak Som (lakonan Abby Abadi).

Ye, cari Mak Som ke?

Advertisement




Dalam drama itu, Mak Som merupakan ibu saudara yang menjaga Shazlan selepas dia kehilangan kedua ibu bapa. Malangnya, hidup kanak-kanak itu bertukar duka kerana wanita tersebut memberikan layanan buruk. Berbalik kepada video rap yang viral itu, nampaknya Abby Abadi juga menyedari bahawa namanya sudah disebut-sebut kembali. Bahkan dia sempat menitipkan komen pada posting video Fimie Don itu dengan nada berseloroh.

Sumber : Twitter Janee, Himpunan Bahan Lawak

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement




Advertisement