Utama Viral Jerawat Tumbuh Lepas Shave Ketiak, Instafamous Terkedu Bila Kena Bayar RM17,000

Jerawat Tumbuh Lepas Shave Ketiak, Instafamous Terkedu Bila Kena Bayar RM17,000

Mencukur sesetengah bulu yang ada di sekitar tubuh badan merupakan salah satu keperluan dalam penjagaan kebersihan diri. Kegagalan berbuat kemudian bukan sahaja menimbulkan rasa tidak selesa diri sendiri, malahan mungkin memberi kesan kepada orang sekeliling juga. Namun lain pula pengalaman yang dialami oleh seorang Instafamous bergelar @Faizdiekivp ini apabila berlakunya tragedi yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila selepas mencukur bulu ketiaknya.

BACA : Jana Sampai RM10,000, Realiti Pendapatan Instafamous Yang Bikin Anda Terkejut

Sebab ketiak, kau kena bayar RM17,000

Kejadian tersebut telah dikongsikan oleh pemuda berkenaan menerusi Instagramnya sekitar semalam sehingga mengejutkan ramai. Dedahnya, terdapat satu jerawat kecil yang mula tumbuh di kawasan ketiak yang sudah dicukur. Memandangkan kesan berkenaan adalah biasa selepas proses itu, dia hanya membiarkan keadaan tersebut dengan andaian jerawat tersebut akan hilang di kemudian hari. Namun tanggapannya salah belaka kerana jerawat tersebut akhirnya bertukar menjadi ketulan besar.

Berhati-hati masa shave ketiak…Yang kecik pun boleh jadi punca

Advertisement




Selepas cuba mendapatkan nasihat daripada doktor, Faiz terkedu apabila dimaklumkan bahawa kos rawatan secara keseluruhan telah mencecah nilai RM17,000. Namun dia bernasib baik kerana menerima perlindungan insuran dalam waktu-waktu getir seperti itu. Tegasnya di hujung perkongsian, setiap orang seharusnya mengambil berat akan perkara-perkara sebegini seperti yang dikongsikan oleh doktor kepadanya. 

Sumber : Instagram Faizdickievp

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement




Advertisement